sensasi2020

Sensasi: Apa Sudah Jadi Dengan FAM | sensasi2020 Sensasi: Apa Sudah Jadi Dengan FAM - sensasi2020

Sensasi: Apa Sudah Jadi Dengan FAM

Assalamualaikum...
Salam sejahtera.........


FAM, Persatuan Bolasepak Malaysia, Akta 88 FAM
FAM - Persatuan Bolasepak Malaysia

Apa sudah jadi dengan FAM iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia sejak akhir-akhir ini, setelah berakhirnya perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan vs Pahang? Perkara ini sudah semakin hangat dan sensasi untuk dibahaskan. Walaupun sebelum ini ramai memperkatakan tentang FAM, berita-berita yang penuh sensasi, dulu dan kini tak pernah sunyi dengan kritikan.

Kita kumpulkan seberapa banyak yang mungkin sebagai renungan dan panduan untuk tatapan semua pihak, tidak kiralah anda seorang peminat, penyokong, pemain, jurulatih, pengurus atau sesiapa saja.
 

Apakah isu-isu kontroversi yang dibangkitkan?

  •  Tidak boleh mengkritik terhadap FAM, ia termaktub dalam Akta 88 FAM  di mana hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM saja dibenarkan mengkritik atau membuat kenyataan terhadap perkembnagan bolasepak Malaysia. Selain itu pemimpim ahli gabungan FAM akan dikenakan tindakah displin jika melanggarnya. Akta 88 FAM ibarat "Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA)".
  • Pemain, jurulatih, pengurus persatuan bolasepak gabungan FAM tidak dibolehkan mengkritik pengadil perlawanan bolasepak
  • Semenjak Encik Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, beliau banyak menasihati, mengesyorkan, memtemplak dan mengkritik FAM terhadap kelemahan FAM terhadap isu keselamatan di Stadium.
  • Ramai yang mula menuding jari terhadap FAM tentang isu penjualan tiket, isu keselamatan di luar dan di dalam stadium ekoran daripada kegagalan mereka dalam memastikan perjalanan perlawanan akhir Piala Malaysia itu berlangsung tanpa sebarang masalah. Ramai yang memberi cadangan agar penjualam tiket perlu juga dijual secara di talian (online).
  • Isu kawalan ketika pemeriksaan terhadap tiket palsu yang longgar, larangan membakar api suar, bom asap, ulat tiket serta yang mengejutkan ialah polis menemui sepucuk pistol jenis browning dan tujuh butir peluru di dalam tandas di Stadium Shah Alam bagi final edisi ke-87 yang lalu.
  • Pentadbiran FAM yang lemah hinggakan rangking bolasepak kita berada di tangga ke-160 di dunia, ia mengikut sistem pemarkahan Gabungan Bolasepak Dunia (FIFA). Ini membuktikan bolasepak kita jauh ke belakang dalam persaingan dengan bolasepak, Afrika, Negara Arab,  Asia dan Eropah.
 Apa pendapat anda tentang isu berkaitan FAM ini? Sila komen di ruangan komen.......!!!
Tag : SUKAN
0 Komentar untuk "Sensasi: Apa Sudah Jadi Dengan FAM"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top