Kelab Best Blogger Network | Sebut saja BBN, tidak lain tidak bukan ia adalah sebuah group WhatsApp Best Blogger Network yang ditubuhkan dan diihamkan oleh Kamil Salleh bersama sahabat beliau Mohd Hanafi pada 6 Julai 2015. Kini bukan saja group BBN ada di WhatsApp tetapi sudah berkembang di group Telegram dan terbaru di Facebook diberi nama Kelab Best Blogger Network.
Kelab Best Blogger Network |
Best Blogger Network
Best Blogger Network kini telah berusia 6 bulan, namun telah mendapat sambutan daripada daripada Blogger Malaysia. Kini dah 63 orang yang sudah menyertainya. Insha Allah akan disertai oleh ramai lagi blogger jika mereka tahu kelebihan menyertai group ini, tidak kiralah di Whatsapp, Telegram atau pun Facebook. Jangan lupa sertai group kami dengan menghubungi saya Kamil Salleh di whatsapp 0139995015 atau MrHanafi 01138228381.
TIP DAPAT KERJA DI SEKTOR SWASTA
Apa Ada Pada Best Blogger Network
Apa sebenarnya apa yang ada pada Best Blogger Network? Nak tahu apa yang ada, boleh hubungi saya dan juga MrHanafi. Perkembangan BBN semakin maju malahan mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Banyak kelebihan jika berminat untuk menyertainya. Perkara utama adalah minat untuk berkongsi idea, memberi pendapat dan menjalinkan ukhwah sesama ahli. jangan lupa join sama-sama.
Kelab Best Blogger Network
Bukan setakat group di WhatsApp, Telegram, saya juga bersetuju untuk menubuhkan Kelab Best Blogger Network di Facebook. Ini bagi memberi ruang kepada mereka yang tidak join di WhatsApp dan Telegram. Ia reka dan diusahakan untuk berkongsi link ahli agar dapat pingkan entri mereka di kelab tersebut. Ia sekarang dibuka untuk menambahkan keahlian. Dipersilakan untuk sertai Kelab Best Blogger Network.
Blog Best Blogger Network
Alhamdulillah setelah ia disyorkan di group Best Blogger Network sesama rakan-rakan group BBN. Mereka bersetuju untuk buat tabungan amal dan mendermakan apa saja yang diperlukan secara sukerela. Bukan setakat itu saja, sekarang kami giat dalam pembikinan blog bestbloggernetwork[dot][com]. Sedang diusahakan dan menunggu kelulusan dalam waktu terdekat. Sebelum ini pun admin Best Blogger Network telah berbincang dan war-warkan untuk menjenamakan Best Blogger Network sebagai sebuah blog.
Namun begitu, berkat doa rakan-rakan , maka ia mendapat perhatian Tuan Fakhrul@lynk.my untuk menyumbangkan domain dan AlongXP untuk server atau dalam istilah blog sebagai hosting. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka berdua. Kalau pasal setup blog, kita serahkan kepada AlongXP, beliau pakar dalam blog yang menggunakan Wordpress sebagai medium untuk menyumbangkan segala bakat penulisan yang ada pada blog tersebut.
Senarai Terkini Bloglist Best Blogger Network
Ini adalah senarai terkini ahli group Best Blogger Network. Ia merupakan rakan-rakan/watak yang selalu muncul di group WhatsApp. Ada masa nanti bolehlah layari blog mereka agar ahli dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain. Blogwalking juga amat digalakkan untuk melawati blog orang lain sambil meninggalkan komen.
2. yeopmaz.com
8. mrhanafi.com
13. www.iuzira.com
16. hajarshikin.com
30. alongxp.com
31. cheqeem.com
33. cahayadiana.com
66. Blog Anda
67. Blog Seterusnya
Akhir Kata
Akhir kata..... saya doakan agar group WhatsApp Best Blogger Network terus maju dan berjaya dalam aktiviti amal atau menjadi komuniti yang betul-betul best untuk ahli-ahlinya.
Menjadikan Kelab Best Blogger Network ini satu rangkaian /jalinan/jaringan ukhwah untuk blogger berhubung diantara satu sama lain. Ia dapat mencetuskan satu idea yang kreatif, berkualiti, disegani dan dihormati, Insha Allah.
16 Komentar untuk "Kelab Best Blogger Network"
Terbaik la...cepat betul ianya berkembang...semoga hubungan silatulrahi byg ada kekal dan bertambah erat
Tak sangka idea bersama tuan kamil semakin mendapat perhatian dari rakan rakan blogger yg lain...rasa bersemangat pulak untuk kasi up jenma Best Blogger Network
Jom ka ada yg tertinggal link sila maklumkan kepada saya ye?
Terima kasih Puan Seri Nian, support BBN selama ini. Doakan ianya terus berjaya.
Yalah MrHanafi,saya pun tak jangka, sambutan hea\bat daripada rakan-rakan di BBN. Moga terus dikenali ramai lagi.
Saya Lom layak lagi digelar pakar.
Dah 65 orang dah? Wow...
Terbaiklah saudara Kamil.. Semoga group BBN kita ink sentiasa berkembang maju dari semasa ke semasa..
alhamdulillah tahniah tuan kami dan geng. semoga terus maju BBN kita
best BBN ni, walaupun kenal hanya di alam maya, namun macam2 info kita dapat dan pertolongan seikhlas hati
Terbaik BBN.. semoga ukhwah silaturrahim terjalin dgn keceriaan dan diberkati... aamiin. All the best!!... :)
insyaAllah, amiin
amiin
Moga terus berkembang
saya berminat nak join dan dah pun whatsaap ke pada kamil salleh
mohon tuan rumah update senarai blog dalam entri ni.. senang nak bw.. hehe
TERBAIK BRO KAMIL..
SEMOGA BBN TRUS MAJU DAN SUKSES..
Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.
Saya balas kunjungan anda nanti.
Sekian......