Bina Kerjaya Berpendapatan Tinggi Melalui SHIP

Bina Kerjaya Berpendapatan Tinggi Melalui SHIP - Bagi meningkatkan penglibatan golongan bumiputera dalam kerjaya berpendapatan melebihi RM20,000 sebulan, kerajaan melancarkan satu "Program Kerjaya Berpendapatan Tinggi (SHIP)".


Bina Kerjaya Bendapatan Tinggi Melalui SHIP
Kredit: Kosmo Online


Bina  Kerjaya Berpendapatan Tinggi


Program SHIP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. 

Program ini untuk golongan berpendapatan pertengahan tinggi yang ingin meningkatkan pendapatan mereka menerusi latihan dan pensijilan kursus dalam bidang yang memerlukan tenaga mahir serta profesional seperti perkhidmatan kewangan, perniagaan,  maritim dan aeroangkasa. 


Apa Itu SHIP? 


SHIP adalah "Super High Income Programme" bermaksud "Program Kerjaya Berpendapatan Tinggi". Diurus oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju)

Ia ditubuhkan bagi memacu pelbagai insentif dan program-program untuk memenuhi inspirasi negara berhubung dengan pendidikan dan peningkatan keupayaan khususnya untuk Bumiputera. 


Fungsi & Tugasan Yayasan Peneraju


Fungsi dan tugas Yayasan Peneraju adalah untuk memastikan bahawa keupayaan dan kepakaran bakat-bakat Bumiputera akan terus membangun dan berdaya saing secara kompetitif di peringkat global untuk mencapai matlamat. Matlamat dan wawasan tersebut akan diberikan meliputi pengukuhan,  pembinaan keupayaan Bumiputera untuk meningkatkan kualiti,  kuantiti dan keberkatan  bakat-bakat Bumiputera melalui pendidikan akademik dan juga vokasional. 

Kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk memperkenalkan beberapa program agar negara kita boleh diiktiraf sebagai negara berpendapatan tinggi yang akan memberi manfaat kepada rakyat Bumiputera. Yayasan Peneraju telah diminta agar memacu dan melaksanakan program-program baru yang dipanggil "Super High Income Programme (SHIP). 

Objektif utama program SHIP ini adalah untuk menyediakan pembiayaan kepada golongan pekerja yang berpendapatan sederhana tinggi dalam bidang tertentu untuk mendapatkan pendidikan,  pensijilan dalam bidang-bidang yang terpilih ke arah mencapai pendapatan tinggi sejajar dengan usaha kerajaan menaikkan status ekonomi rakyat Malaysia.  

SHIP akan dijalankan secara berperingkat-peringkat. 

- Bermula bulan September 2017 - Dalam bidang kedoktoran,  Sains Aktuari dan keselamatan Siber untuk 50 penerima faedah percuma. 

- Bermula 2018 - Penambahan 2 lagi bidang yang bakal dikenal pasti untuk 250 penerima faedah lagi. 

Bagi tujuan tersebut,  sebanyak 300 penerima faedah disasarkan akan mendapat manfaat daripada program-program ini sehingga tahun 2019.


Pembiayaan


Pembiayaan SHIP akan berfungsi sebagai dana untuk pekerja-pekerja yang berkecenderungan untuk mengikuti program pensijilan profesional yang mampu menjana pendapayan yang sangat tinggi dalam industri serta bidang yang dipilih di institusi-institusi yang diiktiraf.

Diantara kursus-kursus yang dikenal pasti oleh SHIP itu akan dapat memberi pendapatan yang tinggi. Sebagai pengenalan,  pembiayaan SHIP skan dibuka untuk 3 bidang sahaja iaitu....

  • Industri kesihatan dalam bidang kedoktoran. 
  • Industri perkhidmatan kewangan dalam bidang Sains Aktuari. 
  • Industri teknologi dalam bidang Keselamatan Siber. 

Di bawah SHIP,  ada institusi terlibat adalah seperti berikut:

  • Yayasan Peneraju - Menyedia dan mengubal rangka kerja dan polisi serta menyokong peserta yang berkualiti. 
  • Bank Rakyat - Kemudahan pembiayaan dan pemantauan pembayaran balik. 
  • Institusi Penyedia Latihan dan Pensijilan - Mencadang dan memantau prestasi pelajar. 
  • Pelajar - Keputusan prestasi mendapat pensijilan dan pembayaran balik pinjaman. 


Kriteria Pemilihan adalah:


Apakah kriteria pemilihan yang SHIP tetapkan adalah seperti berikut:

  • Bumiputera warganegara Malaysia. 
  • Penempatan ke dalam institusi diiktiraf yang ditentukan oleh Yayasan Peneraju. 
  • Kumpulan sasaran pendapatan pertengahan. 
  • Kursus terpilih dengan permintaan Negara dan industri. 
  • Kelayakan akademik/pensijilan minima akan ditentukan berdasar syarat-syarat oleh institusi. 
  • Kelayakan pembiayaan akan ditentukan berdasar syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bank Rakyat, yakni:

- Pembiayaan SHIP tidak lebih daripada RM200,000.

- Bayar dalam tempoh belajar atau pembayaran balik sepenuhnya bermula selepas tamat pengajian. 

- Tempoh bayar balik selama 15 tahun. 

- Pembiayaan akan dibuat secara terus (langsung)  kepada institusi latih/pensijilan seperti ditetapkan Institusi Latihan/Pensijilan serta menyokong peserta yang berkualiti.

Program SHIP ini dapat memupuk dan membangunkan bakat Bumiputera Negara dan merealisasikan impian dan aspirasi untuk mereka yang mahu berpendapatan tinggi setiap bulan.

Lebih daripada 14,000 individu Bumiputera telah mendapat pembiayaan,  bagaimana pula dengan kita?

Selepas September 2017, ia dibuka untuk semua pemohonan dan pendaftaran.

Anda boleh berhubung dengan pegawai Yayasan Peneraju di talian 03-27279063 atau e-mel kepada info@yayasanpeneraju.com.my untuk keterangan lanjut.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
6 Komentar untuk "Bina Kerjaya Berpendapatan Tinggi Melalui SHIP"

Menarik juga nie.. Saya dah banyak kerja.. Tapi pendapatan kecil je

Bagus program2 mcm ni terutama kepada graduan yg tengah semangat yak berkerjaya dgn serius dan sedang mencari sokongan dan panduan sebaiknya.

Means dia tumpukan pada golongan yang dah bekerjaya yang nak sambung belajar?

molek sgt nampaknya... yg ada peluang jgn lepaskan ni, bukan selalu ada

Nama dia sangat catchy. SHIP hoho ingatkan kerja di bahagian yang melibatkan kapal

14K dah dapat manafaat, tapi masih ramai yang tak tahu

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top