Toysrus Bakal Ditutup Akibat Bankrap

Syarikat mainan kanak-kanak Toysrus (Toys"R"Us) bakal ditutup akibat bankrap dan ini boleh menghilangkan keceriaan berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia.


Toysrus
Toysrus


Syarikat Toysrus Bakal Ditutup Akibat Bankrap


Syarikat Toysrus dah 70 tahun beroperasi dan dijangka menutup kesemua 885 cawangan perniagaannya akibat bankrap atau muflis.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Toysrus yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Dave Brandon berkata "Tindakan tersebut terpaksa dilakukan selepas pihaknya gagal mencapai sepakat atau penjanjian untuk menstrukturkan semula hutang berjumlah AS$6.6 billion (RM25.8 billion).

Ini merupakan hari yang amat menyedihkan untuk kita semua termasuk jutaan kanak-kanak apabila kami yang berkhidmat sejak 70 tahun lalu terpaksa mengambil langkah penuntupan ini."

Kebanyakan pembeli barangan permainan kanak-kanak kini sudah beralih kepada platform pembelian melalui internet (talian) terutamanya amazon.com.

Bukan itu saja, kanak-kanak zaman kini sudah gemar kepada gajet elektronik berbanding mainan.

Ini mengakibatkan kemerosotan jualan dan tidak memberi pulangan pendapatan yang tinggi.

Toys 'R' Us berusaha untuk membayar tunggakan hutang berjumlah AS$6.6 billion, kira-kira RM25.8 billion.

Mereka mengambil langkah yang wajar sebelum ini, kira-kira hampir satu perlima cawangannya dalam usaha menstruktur semula syarikat.

Walau bagaimana pun, segala usaha  dan langkah-langkah yang terurus telah diambil tetapi tetap mendatangkan hasil pendapatan yang kurang.

Sebagai jalan terakhir dengan menfailkan status muflis di Mahkamah Kebankrapan di Washington, Amerika Syarikat.

Maka dengan ini syarikat Toysrus Bakal Ditutup Akibat Bankrap.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
5 Komentar untuk "Toysrus Bakal Ditutup Akibat Bankrap"

tengok kedai pun macam suram je takde sape masuk.. tapi time cuti tu ada la orang masuk..

Waaa salah satu company mengikuti jejak Kodak. Company yang bertahan lama, tidak semestinya tidak akan bankrup.

akibat ledakan teknologi dan trend terkini minat kanak kanak kepada alat permainan..

Hakikatnya bdk2 kecil lg suka main game dlm phone drpd mainan seperti Toys 'R' Us

Sedih dengar berita macam ni. Anak I banyak suka beli mainan di Toyrus. Dengar di US banyak bisnes yang dirampas oleh Amazon yang menyebabkan Toyrus bankrap tu.

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top