Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog

Salam sejahtera.......

Soalan Pertama

Jawapan Untuk Soalan Pertama

google, pagerank, PR, PR0-PR10,


             Google Pagerank (PR) adalah bermaksud semakin besar nombornya (PR0 hingga PR10), maka semakin baiklah sesebuah blog tersebut untuk dinilai dan digredkan oleh google.

           Google Pagerank (PR) juga dinilai terhadap isi kandungannya sesebuah entri, baik menerusi entri-entri yang diterbitkan ataupun pautan-pautan yang ada di dalam blog tersebut. Walaupun entrinya original, terbaik dan berkualiti, tetapi disebabkan adanya pautan-pautan link atau broken link, maka ... PR blog tersebut tidak akan meningkat naik.

Kepentingan Pagerank kepada blog kita kerana:


             Secara umumnya, ia sangat penting untuk sesebuah blog kerana ini akan  mendapat perhatian enjin carian. Bila saja Google Pagerank semakin besar, maka sesebuah blog itu akan  menerima trafik secara konsistan dan berterusan.

       Blog yang mempunyai Google Pagerank yang bagus, kita seharusnya meletakkan widget yang mempamerkan keistimewaan yang tersendiri lagi berkualiti di blog kita. Ini dapat menyakinkan pengiklan-pengiklan untuk meletakkan iklan mereka tidak kiralah dalam bentuk Buffered Earnings mahupun Advertorial.
.

Entri berkaitan :


Under Creative Commons LicenseAttribution Share Alike




Soalan Kedua 


Jawapan Untuk Soalan Kedua



mesra SEO, erti SEO, maksud SEO, erti SEO, makna SEO

             Sebelum saya beri jawapan, saya nak perkatakan apa itu SEO semoga ianya dapat memberi gambaran yang sebenar makna di sebalik perkataan SEO. SEO adalah singkatan bagi satu terma teknologi maklumat iaitu Search Engine Optimization. Ia dikategorikan sebagai trafik organik dalam sesebuah entri agar memperolehi daripada Google enjin carian.


Tip Asas Dalam Sesebuah Entri Yang Menepati Ciri SEO


          Antara perkara yang perlu anda faham mengenai SEO (Search Engine Optimization) ialah penggunaan kata kunci (keyword). Ia adalah asas dalam sesebuah entri yang menepati ciri-ciri mesra SEO.

     Kata kunci (keyword) inilah yang akan menjadi nadi dan asas untuk blog anda digelintar dan dimasukkan ke dalam pengkalan data enjin carian. Dengan ini membolehkan blog anda disenaraikan oleh enjin carian apabila kata kunci (Keyword) tersebut dicari oleh pengguna internet  yang dahagakan berita terkini, informasi dan maklumat yang benar.


Entri Berkaitan :

Baca Selengkapnya - Tips SEO Blogspot | 2 Teknik Paling Berjaya Dalam Menjadi Juara Enjin Carian http://www.hasrulhassan.com/2012/10/2-teknik-seo-blogspot-paling-berjaya.html#ixzz2R05YTMXw
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook





Soalan Ketiga




Jawapan Untuk Soalan Ketiga


Penampilan Blog Amat Penting 


      Untuk menarik pengunjung menjadi pembaca setia kita perlu membina satu  penampilan isi kandungan yang menarik, original, berkualiti dan disertai dengan niche tersendiri yang akan menarik minat pembaca setia untuk terus bersama.

      Kita juga kena lebih banyakkan memberi daripada menerima iaitu kena lebih banyakkan proses memberi dalam penulisan blog kita. Contohnya dengan membina satu halaman yang memberi mereka pengetahuan atau maklumat seperti tip-tip, rahsia-rahsia, panduan untuk blogger, tutorial dan sebagainya. Perbanyakkan entri-entri yang menepati apa yang mereka mahukan mengenainya. 

        Balas komen dan pertanyaan yang mereka kemukakan. Insya Allah, blog kita bakal menjadi sebuah blog yang dikenali ramai dan dapat menarik pengunjung untuk terus melawati blog kita. Maka dengan ini sudah pasti mereka adalah pembaca setia kita.

Entri Berkaitan :




Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blog"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top