Nak Membongkar Rahsia Seorang Blogger Terkenal Di Contest Review Tak Terkalah

Assalamualaikum....
Salam sejahtera.......

Salam 1 Malaysia.........

NAK MEMBONGKAR RAHSIA SEORANG
BLOGGER TERKENAL DI CONTEST REVIEW TAK TERKALAH




contest,review,tak terkalah,jom pakat join

              Pilihanraya Umum (PRU13) sudah berlalu, siapa yang menang dan siapa yang kalah sudah diketahui. Namun begitu, "Walaupun Rumah Siap, Pahat Masih Berbunyi". Itulah berlaku di ketika ini. Untuk meredakan suasana kehangatan PRU13, apa kata kita menyertai satu contest yang dianjurkan oleh seorang blogger terkenal di Malaysia iaitu "Contest Review Tak Terkalah" anjuran ahmadfaizal.com.




tertidur, terlelap, letih, penat, tiada masa berehat, sibuk, lewat tidur malam, kuat bekerja.
Sumber: hairulazni.my - Si Titan Tertidur/Terlelap

PROMOSI


          Sebelum kita melangkah jauh, apa kata kita promosi dulu apa-apa saja yang berkaitan dengan contest ini. Pasti ramai yang akan menyertainya nanti.  Itu seandainya semua rakan tidak ada apa-apa yang hendak dibuat. Diharap semua blogger tidak melepaskan peluang terhidang ini untuk sama-sama memeriahkan lagi suasana contest ini.

          Contest ini berlangsung selama 1 bulan mulai 2 Mei 2013 hingga 3 Jun 2013. Peluang 1 bulan ini adalah masa yang dibolehkan anda untuk membina sebuah entri yang terbaik supaya dapat memikat si penganjur dan 2 orang juri khas iaitu Maikel dan Mercidez supaya tidak terkalah dengan peserta -peserta lain.

SYARAT-SYARATNYA

  • Hadiah akan diupdate dari masa ke semasa. 
  • Jangan lupa untuk klik G+ untuk blog ahmadfaizal.com
  • BUKAN G+ untuk artikel "Contest Review Tak Terkalah"
  • Untuk "Comment Contest Tanpa Batasan" tu, beliau akan PILIH 3 pengomen yang terbanyak. Komenlah sebaik dan selangsi mungkin. Jangan komen pelik-pelik sudahlah. Jenuh pula ahmadfaizal, Maikel dan Mercidez nak baca nanti.

REVIEW BLOGNYA TAK TERKALAH


1-Alexa PageRank Tak Terkalah


Review Blog ahmadfaizal.com
       
         Kalau nak direview mana-mana blog tidak terlepas kita pada link alexa.com, salah satu cara untuk mengetahui kedudukan Alexa Pagerank blog kita. Apa yang dipaparkan di atas adalah keputusan review yang telah dibuat. Semua kedudukan blog kita di Alexa Trafik Rank dan reputasi boleh dilihat. Kalau blog ahmadfaizal.com adalah 87,410 (Global Rank) dan 327 (Rank di MY).
Kesimpulannya: Alexa PageRanknya tidak terkalah, nilainya semakin mengecil hinggakan ramai yang bertanya dengan beliau bagaimana caranya?


2-Google PageRank (PR) Tak Terkalah


            Sebut kata Google PageRank (PR), semuanya dah diketahui. Ia dinilai oleh Google terhadap sesuatu di blog seseorang. Bagaimana Google menilai, itu di punya rahsia. Kita hanya boleh check saja. Kalau nak check, anda boleh check bila-bila masa saja. Nak tahu PR blog ahmadfaizal.com, korang boleh cuba check di sini (untuk nak check blog dan entri kita pun boleh)==>>>
         
Check Page Rank of your Web site pages instantly:



This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service
Kesimpulannya: Nilai PR blog AhmadFaizal.com tidak terkalahlah, beliau ada target nak naikkan lagi nilai PRnya. Ini sudah pasti tak terkalah dengan blog yang ada aura dan berkualiti tinggi. Salah satu caranya dengan membuat contest seperti ini "Contest Review Tak Terkalah".

3-Program Buat Duit Online Tak Terkalah


Program Buat Duit Online Kategori Affiliate

                Siapa tidak kenal dengan En Titan@Encik Ahmad Faizal@ OhCikgu.com yang memang pakar dalam program "Buat Duit Online" (Kategori Affiliate dan lain-lain program) di blognya seperti Nuffnang, jobdirumah, Innity, Weeclick, TNX, Say.my dan banyak lagi sampai tak terhimpun nak tulis di sini. Boleh dikata seorang yang betul-betul pakar dalam bidang ini. Mungkin pendapatan bulanan dalam program "Buat Duit Online" mencecah puluhan ribu ringgit Malaysia  (RM).


Kesimpulannya: Untuk menjana pendapatan secara online memerlukan percubaan, keberanian, sanggup mengambil risiko, cepat mengambil peluang yang terhidang, tangkas bertindak apabila diperlukan dan yang paling penting tak terkalah dengan cabaran. Inilah program yang tak terkalah yang beliau lakukan, bukan sebarangan orang dapat melakukannya. "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".

4-Kacaknya Tak Terkalah


              Lelaki kacak yang Ego. Ego itu penting. Sebab tanpa EGO, dia bukan lelaki sejati. Hanya lelaki sejati, menjadi idaman gadis-gadis comel. Sering juga menghadiri seminar anjuran Denaihati, selalunya menghilangkan diri/sembunyi ketika orang sibuk mencari beliau yang kacak bergaya. Pemalu agaknya Encik Titan @ earncent.com @ Si Cendol Banting / AhmadFaizal.com / ohcikgu.com.


Screen Shot 2013 02 22 at 9.32.10 AM Misteri Dunia Blogging
Kredit : Blog Denaihati
Kesimpulannya: Keegoannya bukan bermaksud untuk tidak menonjolkan diri kerana kekacakkan beliau tapi tidak mahu publisiti yang berlebihan dengan sifat beliau yang pemalu barangkali. Akhirnya terbongkarnya seorang yang kacak lagi ego ini tidak dapat diselindungkan lagi. Maka terserlahlah wajah lelaki kacak bro ini dengan keadaan yang mengaibkan/memalukan terlelap di kalayak ramai. Tidak terkalah dengan lenanya beliau tertidur/terlelap.


5-Tak Terkalah Dengan Jumlah Blog Yang Dimiliki


              Setiap orang ada keinginan masing-masing mengikut selera mereka yang tersendiri. Mempunyai blog lebih daripada satu sudah menjadi perkara biasa di ketika ini. Pembahagian masa amat diperlukan, jika tidak jadi sesawanglah blog itu akibat kekangan masa yang membataskan untuk publish entri terbaru. Namun tidak bagi Encik AhmadFaizal. Beliau dapat membahagikan masa dengan jayanya walaupun kesibukkan sebagai seorang guru tidak lekang dek mengajar di siang hari. Kepenatan yang dirempuh hanya beliau yang dapat merasainya.

Kesimpulannya: Tidak salah memiliki jumlah blog yang banyak, asalkan setiap blog itu memainkan peranan yang penting dengan menyiarkan entri terbaru. Ini maknanya tak terkalahlah Encik AhmadFaizal dalam bab blog yang dimilikinya. Diantaranya adalah ahmadfaizal.com, earncent.com dan ohcikgu.com, kalau selain daripada senarai ini saya tak tahu la pulak.....!!!

6- Bebelan Lelaki Kacak Tak Terkalah Terhadap Bahasa Inggerisnya


  • Incision, should survive the accidents Insanity Workout
  • The can be useful for finding an exercise routine people have fun insanity workout
  • This sort of insanity workout australia request is generally bundled correct into a selection to decide to buy for taking stress out related to finding the whole bunch on its own.
Kesimpulannya: Bilamana entri Bahasa Inggeris diselitkan di ruangan blog mereka, maka ada kelebihan yang tersendiri. Sebagai seorang lelaki kacak yang ego, ia memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik untuk menyakinkan pengiklan-pengiklan di luar negara terhadap sesebuah blog/entri. Ini akan menyerlahkan lagi sifat ego, kacak untuk digelar sebagai seorang lelaki yang sejati. Tak terkalah juga Encik kita ini dengan blogger lain yang lebih terhebat dalam menerbitkan entri Berbahasa Inggeris


7-Cerita-Cerita Yang Tak Terkalah


http://ahmadfaizal.com/category/contest-review-tak-terkalah/
http://ahmadfaizal.com/2013/05/01/gadis-bertudung-hijau-tak-terkalah/
http://ahmadfaizal.com/2013/04/24/kegemilangan-tnx-masih-tak-terkalah/
http://ahmadfaizal.com/2013/05/16/15-blog-malaysia-yang-mempunyai-domain-authority-tak-terkalah/

Kesimpulannya: Ingin meletakkan URL entri yang berkisarkan keyword "Tak terkalah" di ruangan ini sebagai satu panduan bahawa kacaknya serta ego yang tak terkalah tidak boleh disangkalkan lagi. Ditambahkan lagi perkataan yang diterbitkankannya seakan-akan kasar bahasanya serta dicampur dengan dialek darah keturunan baba nyonya Melaka "Lu dan Gua", menjadikan bahasa rojok jawa. Namun itu semua tidak diperdulikannya, katanya "Peduli apa kata korang, ini aku punya blog, ikut aku nak tulis apapun asalkan tidak memfitnah sesiapa".


8-Komen Tak Terkalah


              Tentang komen ni, saya puji dengan mamat bro Si Titan, setiap kali saya buat entri baru, pasti ada komen beliau. Walaupun dia sibuk, tapi komen rakan-rakan dia tidak dilupakan. Jarang blogger terkenal seperti beliau sanggup menerjah entri rakan-rakan.

Kesimpulannya: Siapa kata orang yang terkenal tiada waktu untuk blogwalking entri rakan-rakan. Lihat saja apa yang telah En Titan lakukan. Tidak ada waktu untuk mengunjungi entri orang lain, bukan alasan yang konkrit (kukuh). "Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan". Boleh disimpulkan tak terkalah komen beliau di entri kita semua. Terima kasih En Titan@AhmadFaizal di atas komen anda di setiap entri yang saya publishkan.



           Akhir kata....walau apapun istilahnya seperti ego, kacak, hebat, lelaki sejati, blogger lelaki kacak, lu, gua, aku, kau, korang, menjadi idaman gadis-gadis comel akan tercapai jika matlamat ingin dimiliki menjadi sesuatu yang realiti. Insya Allah. Jika ada silap dan salah atau terkasar bahasa harap dimaafkan, "Kita Hanya Insan Biasa Tidak Terlepas Membuat Kesilapan".


SENARAI PENGANJUR DAN PENAJA CONTEST REVIEW TAK TERKALAH

contest,review,tak terkalah,encik titan,Earncent,AhmadFaizal,cendol banting,lu,gua,aku,korang,
Encik Titan@AhmadFaizal - Penganjur  contest

        Contest Review Tak Terkalah ini dianjurkan oleh Ahmad Faizal dan Earncent.com    dan    ditaja    bersama     oleh  Sara,     Syukri Tahir,    RahsiaDuitFree,     IlaZainal,  Blackrosehunter  dan  Nuristimewa.



KEPADA SEMUA PESERTA SAYA UCAPKAN SEMOGA BERJAYA.


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Nak Membongkar Rahsia Seorang Blogger Terkenal Di Contest Review Tak Terkalah"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top