Blogging Bukan Untuk SEO Semata-Mata

Assalamualaikum....
Salam sejahtera....semua.

BLOGGING BUKAN UNTUK SEO SEMATA-MATA


Berada di page 1, di kedudukkan tempat pertama, no 1, top 1, top star.
SEO-Search Engine Optimization

                 Tidak dapat dinafikan SEO baik untuk blog dan entri kita. Ia akan menempatkan entri kita berada di page 1 dalam search engine carian google. Siapa tidak mahukannya? Ramai dikalangan kita begitu mengejar SEO, hinggakan lupa maksud sebenar blogging itu sendiri? Sanggup mengoptimasikan template mereka agar mesra SEO seperti memasukkan meta tag, description, keyword dan sebagainya.


Kenapa SEO begitu penting?

               SEO (Search Engine Optimization) satu perkataan yang menarik minat ramai untuk lebih mengetahuinya. Perkataan keramat yang menjadi kegilaan ramai baik sesiapa saja yang mempunyai blog atau website. Dalam bahasa mudah ia adalah teknik untuk mengoptimunkan sesuatu entri di blog kita supaya boleh disearch engine carian di Google, Bing, Yahoo, MSN dan sebagainya.

              Ia amat penting untuk penjenamaan blog kita. Bila entri/blog kita berada di kedudukan teratas di page 1. Ia seperti membelik sebuah buku, sudah pasti kita akan membuka muka surat pertama dahulukan.


Kejar SEO hingga terabai perkara yang lebih penting. 
Ia amat penting untuk penjenamaan blog kita. Bila blog/entri kita berada di SERP (page 1), sudah pastinya pelawat akan klik di kedudukan pertama di page 1. Ia ibarat seperti membelik sebuah buku, sudah pastinya muka surat pertama dulu yang ingin dibaca. - See more at: http://www.sensasi2020.com/2013/05/teknik-seo-semakin-berjaya.html#.UhH3An-Dpjg

               Rela mengejar SEO hingga sanggup abaikan teknik penulisan untuk menyampaikan maklumat yang baik dan penting untuk pencari maklumat. Ini patut dielakkan, supaya entri yang kita hasilkan mendapat tempat di hati pembaca. 

           Apabila pembaca suka dengan blog/entri kita, secara automatik mereka akan datang kembali. Inilah yang perlu kita titikberatkan. Ia akan menaikkan trafik blog kita, dengan sendirinya ia mendatangkan backlink yang natural. 

             Binalah sebuah entri yang berkualiti,asli dan backlink yang baik secara semulajadi. Jangan abaikan aspek ini di blog/entri kita, blogging bukan SEO semata-mata, ia lebih daripada itu. Jika mahukan supaya blog kita ada penjenamaan dan dikenali ramai seperti denaihati.com, ohcikgu.com, hasrulhassan.com dan sebagainya. Banyak lagi aspek lain perlu diambil perhatian. 


Diantara Yang Perlu Diberi Perhatian Ialah:
  • Mensasarkan penjenamaan blog agar dapat menaikkan trafik blog.
  • Mengoptiomunkan kualiti sesuatu artikel agar menarik pelawat lama dan baru.
  • Menghasilkan tema blog yang menarik, bukannya dengan iklan yang bersepah.
  • Menumpukan kepada aspek perniagaan di blog iaitu dengan memasarkan produk kita.
  • Menyakinkan pembaca supaya tertarik terhadap produk yang diiklankan.
  • Membina jaringan sosial sesama blogger lain.
  • Menghasilkan blog yang berjenama agar pengiklan tertarik dengan blog kita.
  • Mengeratkan salatulrahim antara blogger sebagai dituntut oleh agama kita.
  • Mengunjungi blog rakan-rakan lain dan tinggalkan komen/jejak kita di situ. 
  • Dan banyak lagi.......
                Entri ini adalah untuk mengambil bahagian sempena dengan hashtag #DuitRaya di FanPage Denaihati Network di facebook yang memberi duit raya dengan syarat membina entri menggunakan tajuk entri yang beliau hasilkan diantara bulan Julai-Ogos 2013. Saya memilih tajuk "Blogging bukan untuk SEO semata-mata" sebagai tajuk entri saya.

                    
Jadi untuk lebih difahami lagi ia adalah cara untuk mengoptimunkan sesuatu di blog supaya boleh di search  engine carian oleh Google, Yahoo, Bing, MSN dan sebagainya. - See more at: http://www.sensasi2020.com/2013/05/teknik-seo-semakin-berjaya.html#.UhH3An-Dpjg
Jadi untuk lebih difahami lagi ia adalah cara untuk mengoptimunkan sesuatu di blog supaya boleh di search  engine carian oleh Google, Yahoo, Bing, MSN dan sebagainya. - See more at: http://www.sensasi2020.com/2013/05/teknik-seo-semakin-berjaya.html#.UhH3An-Dpjg
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Blogging Bukan Untuk SEO Semata-Mata"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top