Kontes Review Klinik Cinta

Assalamualaikum....
Salam sejahtera........

KONTES REVIEW KLINIK CINTA

Contest Review KlinikCinta Dot Com

Pantun Klinik Cinta

Kontes review Klinik Cinta,
Anjuran Khairul Zamri bersama groupnya,
Jangan segan untuk turut serta,
Hadiah menarik menanti anda.

Madah berhelah lagu percintaan,
Menjadi sualan anak-anak muda,
Kalau terpikat di hati kenalan,
Jangan lupa singgah di blognya.

Klinik Cinta nama diberi,
Tempat untuk meluahkan rasa,
Permasalah cinta berforum di sini,
Sebagai pengantaraan antara kita.

Cinta berputik hati terpikat,
Berkenan si gadis paras rupawan,
Jangan mencari jalan singkat,
Ikutlah adat serta aturan.

Lama mencari jodoh pasangan,
Sudah jumpa kenalan di hati,
Moga perkenalan sesama rakan,
Jadi pertemuan kenalan sejati.

Tempat jatuh lagi dikenang, 
Inikan pula tempat kenalan,
Jadikan blog ini tempat bersembang,
Meluah apa saja pasal percintaan.

Hubungan tercipta jodoh dipertemukan,
Menjadi erat sepanjang masa,
Moga Klinik Cinta bertambah kenalan,
Jadikan tempat bersembang sentiasa.

         Pertama kali blogwalking di blog ini, terus terpikat dengan keadaan blognya yang kemas. Kemas di sini bermaksud tidak serabut. Ia adalah hasil nukilan saudara Khairul Zamri bersama teamnya. Seorang yang tidak asing lagi dengan kehebatannya dalam menghasilkan entri mesra SEO. Bagi yang ingin menyertai kontes ini dipersilakan. Boleh layari atau terjah di blog beliau. Nak review ni, saya akan bahagikan beberapa elemen supaya senang nanti nak semak.



Youtube: Wali Band - Aku Cinta Allah
kontes, contest, review, klinik, cinta, madah, pantun, masalah percintaan
KlinikCinta Dot Com

Header Blog

Kontes, contes seo, review, klinik cinta
PrintScreen - Header Blog
   
             Kebanyakkan diantara blogger tidak mengambil kisah berkenaan header blog. Sebenarnya header blog memainkan peranan yang amat penting, Tanpa header blog ibarat seperti seseorang berpakaian kemas, wajah macho lagi hensem, badan smart tapi rambut tidak disikat dengan rapi.  Di sini kita boleh lihat logo yang dihasilkan tidak beberapa menarik, ianya terlalu kecil. Ia tidak mencerminkan blog Klinik Cinta. Kalau dikekalkan seperti yang terdahulu. Boleh lihat di atas kembali logonya.                 Di kotak halaman pula berserabut, kalau kita lihat di sini ia ada dua, satu di atas dan satu lagi di bawahnya. Warnanya pula kalau diwarnakan kelabu muda rasanya ia lebih cantik, ini akan dapat membezakan antara warna latarbelakang (putih) dengan ruang halaman (kelabu muda).             Sementara itu header bar di atas sekali itu tidak beberapa sesuai di situ. Saya tidak tahu adakah ianya berasal  (default) template. Contohnya yang kita perhatikan ianya ada huruf kecil seperti F0 (98), F0 (99), F0 (81), F0 (95) dan banyak lagi yang lainnya. 

Ruangan Utama/Post

Kontes, contest SEO, Klinuk Cinta, Review, blog SEO friendly, peraduan
PrintSceen - Ruangan Utama/Post
              
              Ruang ini adalah yang paling utama untuk sesebuah blog. Jika berserabut, pelawat akan meninggalkan blog kita tanpa dibacanya. Kalau diperhatikan, font (tulisan) dah agar besar, senang orang dewasa nak membacanya, tidak terlalu kecil. Sementara tajuk/title pula saya amat suka dengan warna hijau muda. Ia menyejukkan mata memandang. Ruangan ini tidak perlu diubah lagi, amat sesuai untuk blog Klinik Cinta.

Side Bar

kontes, contest, contest SEO, blog SEO friendly, love, cinta
PrintScreen - Side Bar       
          Elemen  ini  juga  penting, boleh  letak iklan-iklan  seperti affiliate. Dengan  meletakkan iklan ia nampak menarik juga, tapi jangan terlalu banyak, nanti loading menjadi berat pula. Cuma satu saja perlu diperbaiki, iaitu Follow By Emel perlu di letak di atas sekali. Ini kerana dengan adanya di atas senang pelawat nak subscribe ( langgan entri terkini ).

Navigasi

             
Peraduan, kontes, contest, seo, blog friendly seo
PrintSceen -  Navigasi
              Navigasi di sini bermaksud ruangan antara yang berada di atas dan di bawah tidak terlalu dekat. Jika dilihat pada blog ini, ia amat sesuai dan bertepatan. Jarak antara keduanya tidak terlalu dekat. Ini akan memudahkan pelawat untuk membuat pautan atau klik mana-mana bahagian. Ia perlu dikekalkan dan tidak perlu diubah.

Perlu Diambil Perhatian:

         Tanpa diberi perhatian terhadap kritikan dan teguran pastinya blog ini tidak akan pergi jauh. Inilah perlunya review sesama rakan untuk memantapkan aura blog ini. Tanpa bantuan rakan-rakan sudah pastinya cinta hanya tinggal cinta.           Untuk menjadikan blog ini lebih aura, perlunya artikel yang betul-betul berkualiti. Niche terhadap blog ini amat mudah untuk diletakkan tapi memerlukan komitmen yang jitu untuk terus dikenali. Walaupun ramai yang sering kecewa dengan percinta, namun amat jarang yang ingin diluahkan oleh seseorang. Mereka ini takut nak dedahkan kepincangan dan kekecewaan untuk dibawa berbincang kecuali keluarga terdekat atau rakan paling dipercayai.           Penulis jemputan juga perlu diadakan agar sesuatu isi berkaitan percintaan ini lebih mantap. Setiap idea seseorang berbeza, sudah pastinya gabungan idea dan cetusan citarasa diperlukan.          Promosi  yang  berterusan  perlu  dilakukan. Kontes  review  ini  juga  adalah  salah satunya, disertakan Group Fanpage Klinik Cinta, twitter, video, foto, lagu dan sebagainya. Kalau perkara ini tidak diberi perhatian, takut nanti ia kan terkubur begitu saja. Takut nanti akan jadi "Cinta Ku Mati Di Klinik Cinta".

Kesimpulannya

            Secara keseluruhannya, blog ini amat sesuai dibina oleh saudara Khairul Zamri. Ia sudah tentu akan memaparkan kisah-kisah cinta, tidak kiralah cinta kita pada Allah, cinta kita pada ibubapa, cinta kita pada suami atau isteri dan cinta kita terhadap makluk Tuhan Yang Maha Pencipta.              Sudah semestinya blog ini menjadi tempat untuk meluahkan apa-apa saja berkaitan cinta termasuk tempat untuk menyelesaikan permasalahan tentang cinta dan bagaimana mahu diselesaikan bertepatan dengan tema blog Klinik Cinta. Tiada masalah tidak dapat diselesaikankan, asalkan permasalahan itu diluahkan di blog ini. Ia juga boleh dijadikan tempat forum untuk dibincangkan berkaitan percintaan. Jom pakat ramai sertainya.
Kontes Review Klinik Cinta ini dianjurkan oleh Klinik Cinta dan di taja oleh Sweetkurma, Beautiful Places to Visit, KongsiBersamaNora, Blogger Lelaki, Fuh.My, Khairul Zamri, Pondok Kecil, HasrulHassan, Aku Penghibur, Nurmujahidah, Nabila Biela, Sheda-ucu, Irwan Alessa, Shida Radzuan, Asyrof Asri, Eyma Lydia, Jejari Comel dan Mohd Ridzwan dot com.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Kontes Review Klinik Cinta"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top