Jadual Peperiksaan PMR 2013

Assalamualaikum...
Salam sejahtera.........


JADUAL PEPERIKSAAN PMR 2013


Beginilah Bila Peperiksaan Akan Berlangsung

           Saat yang ditunggu-tunggu oleh pelajar tingkatan tiga di seluruh Malaysia akan menjelang tidak lama lagi iaitu pada 2 Oktober 2013 hingga 9 Oktober 2013. Pelbagai persediaan yang dilakukan oleh sekolah, baik bagi guru-guru, ibubapa serta pelajar. Kalau diikutkan tarikh sebenar ia lebih kurang 5 hari dari tarikh artikel ini ditulis.

 Boleh lihat Jadual peperiksaan di bawah ini: 





            Bukan itu saja, anak saya yang sulung juga akan menduduki peperiksaan PMR tahun ini. Pelbagai pembelajaran yang beliau lalui seperti tuisyen di sekolah, lawatan sambil belajar, kelas motivasi, ujian bulan, peperiksaan percubaan PMR, latihan tubi, cara menjawab kertas soalan, solat hajat dan sebagainya. 

            Pastinya target keputusan peperiksaan PMR nanti sudah patinya 9A, bolehlah beliau dapat melanjut pelajaran di sekolah berarama penuh atau yang lebih baik lagi demi masa depan pelajaran dia. Insha Allah...semoga tercapai target dan hajati beliau serta ibubapa.

        Kini adalah persiapan terakhir buat buat beliau dan juga para pelajar di seluruh Malaysia. Setiap sekolah pasti ada strategi yang mereka terapkan di sekolah masing-masing. Kini hanya pelajar saya yang perlu memberi fokus lebih daripada 100% untuk menduduki dan menghadapi peperiksaan ini. 

        Apa yang penting sekali, berdoa pada Allah Taala terutama ibubapa pelajar itu sendiri, guru-guru, pelajar serta keluarga terdekat selain daripada solat hajat dan bertawakal. Jaga kesihatan diri, makan jenis makanan yang berkualiti, tidur tidak lewat sekurang-kurang sebelum jam 12.00 tengah malam dan bangun di awal pagi. 


1. TARIKH PEPERIKSAAN

Peperiksaan PMR     -      2 Oktober 2013 hingga 9 Oktober 2013.


2. SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

2.1      Calon Sekolah Pelajar yang berada di Tingkatan 3 Sekolah

           Menengah Kerajaan / Bantuan Kerajaan atau sekolah-sekolah lain yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengetua Sekolah bertanggungjawab memastikan semua calon sekolahnya didaftarkan (Rujuk Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) - Seksyen 19)

            2.2     Calon Persendirian

Calon pernah mengambil Penilaian Menengah Rendah atau Sijil Rendah Pelajaran atau Lower Certificate of Education atau Sabah Junior School Certificate atau Sarawak Junior School Certificate.
                      ATAU

Calon yang telah mengikuti satu kursus pengajian yang diakui oleh Pengarah Pelajaran Negeri mempunyai nilainya yang sama dengan Tingkatan 3 di sekolah yang menerima bantuan kerajaan.



3. BORANG PENDAFTARAN

3.1     Calon Sekolah

3.1.1 Calon hendaklah mendaftar peperiksaan dengan menggunakan Borang Pendaftaran yang ditetapkan oleh Lembaga  Peperiksaan. Calon yang tidak mempunyai kad pengenalan hendaklah melengkapkan Borang Perakuan Calon Peperiksaan LP/Am34.

3.1.2  Calon sekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan hendaklah menyerahkan Borang Pendaftaran yang telah lengkap kepada pihak sekolah

3.1.3       Calon sekolah swasta hendaklah menyerahkan Borang Pendaftaran yang telah lengkap dan bayaran yuran kepada pihak sekolah


3.2     Calon Persendirian

3.2.1  Borang Pendaftaran boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri (Sektor  Penilaian dan Peperiksaan)

3.2.2  Calon hendaklah menyerahkan Borang Pendaftaran yang telah lengkap dan bayaran yuran kepada Jabatan Pelajaran Negeri (Sektor Penilaian dan Peperiksaan)




4. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN PMR

Tarikh pendaftaran PMR     -      1 Januari 2013 hingga 28 Februari 2013


5. YURAN PEPERIKSAAN

5.1 Calon sekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan dikecualikan daripada bayaran yuran peperiksaan
5.2      Calon sekolah swasta dan calon persendirian – RM65.00



6. PERTANYAAN
Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan PMR 2013 hendaklah dirujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri (Sektor Penilaian dan Peperiksaan) tempat calon mengambil peperiksaan.

Kredit : http://www.moe.gov.my       
    
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Jadual Peperiksaan PMR 2013"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top