Assalamualaikum...
Salam sejahtera........


Pemodalan Nasional Berhad, Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional, Unit Amanah, komisen, dividen, bonus
Pemodalan Nasional Berhad

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid telah mengumumkan dividen dan bonus kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) semalam.

ASB - Amanah Saham Bumiputera

Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.70 sen seunit bagi tahun ini 2013 berbanding 7.75 pada tahun lepas 2012.

Seramai 8.26 juta pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang berjumlah 127.2 billion unit akan menerima bonus 1.0 sen seunit.

ASB - Dividen Dan Bonus
Walaupun pengagihan dividen tahun ini rendah berbanding tahun lalu, namun kadar ini kekal komprenhensif di dalam pasaran ekonomi yang tidak menentu di dalam dan di dunia global amnya.

Boleh dikatakan PNB boleh memberi dividen sebanyak 10.54 sen seunit untuk tahun ini, tapi demi unutk lebih berdaya tahan dan mampan, ia membawa ke hadapan 2.71 sen seunit agar dapat membantu portfolio terhadap dana ini.