Google Malaysia Galak PKS Iklan Di YouTube

Assalamualaikum...
Salam sejahtera........


PKS - Perusahaan Kecil Dan Sederhana


Sumber: YouTube

"Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) disarankan untuk meluaskan pasaran mereka melalui pengiklanan produk di laman yang diminati ramai iaitu YouTube", kata pengurus Negara Google Malaysia Sajith Sivanandan.

Pengiklanan produk dan perkhidmatan bagi perniagaan di laman video Youtube dilihat amat berkesan untuk masa sekarang kerana dengan teknologi terkini, yang mana boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia sudah memiliki gadget canggih dengan melihat tayangan video Youtube melalui smartphone mereka.

PKS boleh pergi lebih jauh jika kesempatan kemudahan laman video ini digunapakai secara lebih berkesan lagi. Dengan kemudahan ini, kita dapat membuat sesuatu video dengan hasil karya yang lebih kreatif. Google Malaysia hanya akan mengenakan kos yang paling murah dan rendah setiap promosi iklan yang dipertontonkan melebihi 30 saat atau penuh. Ia bukan sahaja boleh menarik minat penguna Malaysia tetapi ia meliputi ke seluruh dunia. Ia tidak seperti pengiklanan di televisen dengan kos yang amat besar dan masa yang amat singkat.

Dengan kermudahan ini, sudah pastinya tahun hadapan ia akan menarik lebih ramai lagi untuk usahawan PKS untuk memuat naik video iklan produk dan syarikat mereka di Youtube.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Google Malaysia Galak PKS Iklan Di YouTube"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top