Polimik Isu Ibu Bapa Rotan Anak

Polimik Isu Ibu Bapa Rotan Anak menjadi tajuk utama di media masa. Laporan di dada akhbar mengenai cadangan mengenakan hukuman terhadap ibu bapa yang merotan anak telah menimbulkan polimik. Sudah pastinya isu ini mendapat perhatian daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).



Polimik Isu Ibu Bapa Rotan Anak - Datuk Seri Rohani abdul karim
Polimik Isu Ibu Bapa Rotan Anak - Datuk Seri Rohani Abdul Karim
 

Polimik Isu Ibu Bapa Rotan Anak


Ada beberapa yang boleh kita perhatikan kenyataan daripada KPWKM tentang merotan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi kepada kanak-kanak. Di antaranya adalah:
  • KPWKM ingin merujuk kepada laporan dan liputan media berkaitan tindakan merotan anak menjadi kesalahan jenayah yang disiarkan oleh akhbar berdasarkan sidang media pada 24 Januari 2015 di Shah Alam.
  • Dalam sidang media itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim memberi penerangan bahawa cadangan dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu akan merangkumi perkara-perkara berikut:
  1. Penyertaan kanak-kanak selaras dengan prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).
  2. Pemansuhan hukuman sebatan ke atas kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang (melakukan kesalahan jenayah).
  3. Peruntukan baharu yang membolehkan pelaksanaan konsep division (pengubahan).
  4. Peruntukan baharu mengenai deinstitutionalisation (nyahinstitutionalisasi).
  • Pada masa ini, seksyen 91(1)(g) dalam Akta Kanak-Kanak 2001 membenarkan seseorang kanak-kanak lelaki dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada 10 kali sebatan apabila disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah. Dalam hal ini hukuman sebatan di mahkamah adalah berbeza dengan hukuman merotan sama ada di sekolah atau di rumah. Hukuman sebatan di mahkamah dilakukan secara teratur mengikut prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang, walau bagaimana pun, atas alasan perkembangan psikologi dan selaras dengan CRC kementerian bercadang untuk memansuhkan hukuman tersebut.
  • Selaras dengan cadangan pemasuhan hukuman sebatan di mahkamah tersebut, kementerian telah meneliti perlakuan merotan kanak-kanak dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pada masa ini, peruntukan yang dicadangkan dalam rang undang-undang kanak-kanak baharu bukanlah bermaksud supaya setiap perbuatan merotan menjadikan satu kesalahan jenayah.
  • Pelakuan merotan, sekiranya menyebabkan kecederaan fizikal dan mental boleh terjumlah kepada melakukan kesalahan jenayah. Di bawah undang-undang sedia ada pun, sebenarnya perbuatan itu telah dijadikan suatu kesalahan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
  • Kementerian sedang meneliti dan memperhalusi cadangan untuk memasukkan peruntukan undang-undang yang lebih terperinci supaya apa-apa perbuatan kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada kanak-kanak merupakan sesuatu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda yang lebih tinggi. Disamping itu, kementerian juga mempertimbangkan untuk mengadakan hukuman alternatif seperti khidmat masyarakat atau kaunseling atau kursus keibubapaan.
  • Selaras dengan amalan konsultasi dan engagement secara berterusan dengan semua pihak berkepentingan, kementerian ini akan meneruskan tradisi tersebut dalam pengubalan rang undang-undang kanak-kanak itu.

Benarkan Ibu Bapa Rotan Anak


Kabinet masih belum berbincang cadangan ibu bapa dihukum kerana merotan anak. Timbalan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin yassin berkata, cadangan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menjadikan ibu bapa yang merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah dalam akta baharu masih belum muktamat. Polimik Isu Ibu Bapa Rotan Anak menjadi semakin hangat diperkatakan di media masa dan laman sosial.

Muhyiddin berkata, cadangan yanag dikemukakan kementerian itu juga belum diterima oleh kabinet untuk dibincangkan menyebabkan kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung perlaksanaaan hukuman tersebut.

Ramai pihak yang menyatakan, hukuman merotan anak adalah baik dan ada juga yang berpendapat sebaliknya. Malah dari sudut Islam, tiada halangan untuk ibu bapa merotan anak dengan cara bijaksana dan berhemah. Cuma, jika merotan jangan sampai mencederakan kanak-kanak sehingga memberi kesan buruk terhadap anak-anak terbabit.

Polimik Isu Ibu Bapa Rotan Anak tidak akan terhenti selagi ia belum dibincangkan di kabinet. Sebenarnya, ibu bapa banyakmelakukan kesilapan mendidik anak-anak sehingga ia melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Ibu bapa perlu bersama anak-anak, tahu aktiviti anak-anak dan pantau setiap masa di mana mereka berada. Tanpa pemantauan, naka-anak bebas sehingga tidak sedar apa yang mereka lakukan, lebih lagi melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan.

Apa reaksi anda terhadap isu ini, kalau ada apa-apa cadangan dan buah fikiran boleh kemukakan di ruangan komen? Sekian, terima kasih......! 
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
9 Komentar untuk "Polimik Isu Ibu Bapa Rotan Anak"

nak rotan budak pun bukan nak dera..tetapi sekadar cara didikan yang keras sedikit

bolehlah menghukum anak tapi dengan cara yang mendidik bukan dengan kekerasan

Merotan jangan dampai cedera, nahas nanti jika ada yang melihat perbuatan kita.

Betul tu.... Dsl Idlam pun tidsk mrlarang malahan disuruh jika enggan menunaikan solat.

Apa sedih pulak, tak mahu rotan pun tak spa, cuma bagi nasihat cukup-cukup.

sama-sama lah kite kekalkan rotan di dalam rumah kite ye,sekian terima kasih.

Tanpa Nama
delete

Tak payahlah ikut sangat deklarasi hak kanak2 sedunia Tu, kita ikutlah acuan kita sendiri, didik anak biar Dari kecil, jangan Nanti dah besar boleh pulak dihukum bunoh, gantung d Sebagainya. Kecik2 tak pernah kene hukum, dah tua tahu2 tak ade ampun bagimu. Kan Lebih tak Adil Tu.

sedihhhh..klik.. http://bit.ly/29Uot2z

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top