Blogger perempuan sekarang macam-macam mereka lakukan untuk menjadikan suasana arena blog menjadi lebih menarik. Terbaru adalah "Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan" by sensasi2020". Ini semua idea daripada geng "Grup Mama Blogger Malaysia". Namun begitu kaum lelaki pun boleh sertai juga.Tak salahkan? Janji entri yang ditulis dengan tangan harus disertakan di entri ini.



Cabaran Menulsi Entri Dengan Tulisan Tangan by sensasi2020
Cabaran Menulis Entri Dengan Tulisan Tangan


Cabaran Menulis Entri Dengan Tulisan Tangan


Rasa tercabar juga bila mana masa berbalas komen di Facebook, Suria LekatLekit mempelawa blogger lelaki agar sama-sama menyahut cabaran ini. Untuk memenuhi hasrat grup mereka saya rasa berbesar hati untuk menulis entri menggunakan tulisan tangan atau oghe puteh kato handwritting.






Tulisan comel atau tidak, itu tidak penting. Apa saja kita boleh tulis, tidak terikat pada mana-mana syarat dan peraturan. Ia adalah untuk suka-suka (Just Kidding). Tiada hadiah disediakan dan tiada expire (tarikh tamat) disertakan. Mungkin 365 hari atau lebih dari itu.

Semoga sedikit sebanyak memberi persaingan kepada kaum hawa. Tulisan tidaklah cantik macam bidadari tetapi dapat memenuhi cabaran diberi. Rasanya semua orang boleh bacakan? Kalau tidak boleh baca, alamatnya mata tu sudah semakin nak kabur. Bolehlah pergi ke kedai cermin mata dan buat tempahan.


Tulisan Tangan Mencerminkan Peribadi Seseorang


Betul ke tulisan tangan mencerminkan peribadi seseorang. Itu saya tak pasti tetapi nak tahu lebih lanjut boleh baca di entri "Tulisan Cerminkan Peribadi Kita" karangan blogger terkenal Hasrul Hassan. Di situ diceritankan jenis tulisan, ada yang condong, tegak, mengiring. Kalau tulisan jenis rapat, jarang, bulat, leper semuanya ada huraiannya.

Apapun makna di sebalik tulisan yang penting saya dah penuhi syarat penganjur blog Suria LekatLekit. Semoga apa saja makna di sebalik tulisan tangan atau handwritter, apa yang penting segala catatan kita di atas kertas boleh disalin kembali ke artikel blog anda. 

Ada ramai juga yang buat lakaran isi-si penting artikel blog di atas kertas dahulu. Ini bagi memudahkan menaip setiap ayat yang perlu disambungkan apabila isi kandungan sudah dilakarkan dengan tulisan tangan di atas kertas.

Akhir kata, saya sahut Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan. Saya buat inipun sekadar suka-suka, namun begitu ia lebih sekadar memperkenalkan blog sensasi2020 di mana blog wanita. Ini kerana kebanyakan blog saya dijelajahi oleh kaum Adam sahaja. 

Diharap selepas ini ramai awek-awek yang sudi terjah blog saya setelah melihat kepada tulisan saya nanti. Ehhhhh.....perasan pulak.  

Semoga terhibur, apa yang penting kerjasama dan saling bantu-membantu. Insya Allah...!