Header Ads

Simkad ONEXOX Jadi Pilihan

Simkad ONEXOX Jadi Pilihan | Semenjak akhir-akhir ini hati terdetik nak kongsi kisah tentang Simkad yang menjadi pilihan ramai pengguna di Malaysia. Satu syarikat telco yang memberi penjimatan nilai hebat kepada pengguna yang ingin sesuatu yang menjimatkan dari segi penggunaanya, baik ketika berhubung dengan pengguna lain mahu pun ketika melayari internet.


Simkad ONEXOX Jadi Pilihan
Simkad ONEXOX Jadi Pilihan

Simkad ONEXOX Jadi Pilihan

Di Malaysia, ada pelbagai telco yang wujud semenjak dulu hinggalah sekarang. Ada yang masih kekal, ada yang bertukar jenama, ada juga yang sudah berkubur dan juga yang "Hidup Segan Mati Tak Mahu". Di antara yang biasa kita jumpai adalah CELCOM, MAXIS, ONEXOX, TUNETALK, UMOBILE, DIGI, BESTMOBILE, FRIENDIMOBILE, ALTEL, HAPPY, CLIXSTER, TRON, PRABHUMOBILE, REDTONE,  , BUZZME, REDONE, SALAMFONE, RAKYAT1MALAYSIA, dan MTRADEASIA. 

Sepanjang pengguna saya dulu hingga kini, hanya menggunakan CELCOM, MAXIS, DIGI, BESTMOBILE dan TUNETALK. Ada juga telah lama gunakannya kemudian bertukar ke telco lain.

Pertukaran Simkad

Saya pernah guna simkad Celcom kemudian bertukar ke telco Tunetalk. Mengikut perkiraan saya dah cukup lama celcom yang saya gunakan itu. Semenjak bertukar ke Tunetalk tiada apa yang boleh dibanggakan. Bukan saja tidak menjimatkan malahan semakin teruk. Dahlah mahal, lepas itu nak jana income melaluinya amat sukar kerana pelanggan baru perlu habiskan RM100 lebih untuk mendapatkannya termasuk dapat squeeze page, ebook panduan, web promosi group di Facebook. 

Dah cuba pelbagai cara nak dapatkan downline namun seorang pun tidak berminat. Tidak tahulah apakah kerana salah strategi atau semamangnya saya tidak pandai untuk menyakinkan pelanggan agar menggunakannya? Saya tidak mahu menyalahkan diri sendiri, mungkin juga ramai lagi yang senasib seperti saya. En Titan pernah menyuarakan tentang "7 Sebab Kenapa Aku Tak Nak Join TuneExcel?".  Kini saya telah membuat keputusan "Simkad ONEXOX Jadi Pilihan".

Sebenarnya saya ada banyak simkad yang masih aktif hingga kini, walaupun tidak menggunakan sepenuhnya. Saya buat ini dengan hanya cara topup RM5 sebulan agar ianya kekal aktif. Jika dikira memang merugikan duit kita sahaja. Saya suka dengan nombornya yang cantik dan mudah diingati. Ianya masih kekal diguna-pakai walaupun dalam hati memang mahu melupuskannya. 

Kemungkinan semua itu dihapuskan juga dan akan menggunakan simkad ONEXOX sebagai line utama. Itu juga kemungkinan akan dilakukan dalam waktu yang difikirkan sesuai. Sebelum ini saya dah ada gunakan line ONEXOX tetapi tidak seaktif meggunakan Celcom. 

Nak Dapat Simkad ONEXOX Percuma

Dapat simkad ONEXOX pun secara kebetulan sahaja setelah terbaca tentang ada contest SEO yang dianjurkan oleh blog Anuar (coretananuar.com). Di situlah hati mula tertarik dengan segala kebaikan dan kelebihan serta keistimewaan Simkad ONEXOX. Sebelum penganjur menghantar simkad, kita dikehendaki menulis satu artikel berkaitan "Nak Simkad ONEXOX Percuma". Selepas itu, bila dah sampai simkad tersebut (baru), maka kita dikehendaki mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur. Apabila telah aktif selama sebulan, kita pula perlu menulis satu lagi artikel berkaitan "Pengalaman Bersama ONEXOX" dan linkkan entri tersebut kepada entri penganjur tang berkenaan.

Kesimpulannya:

Ada pelbagai simkad yang ada kini, maka kita perlu memilih apa yang kita rasa syarikat telco yang teguh dengan penjimatan yang semaksimum mungkin. Semua ini adalah pilihan sendiri, kita sendiri yang perlu tahu, apa yang kita mahu, yakni syarikat mana yang menawarkan penjimatan yang betul-betul hebat. 

3 ulasan:

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Dikuasakan oleh Blogger.