Hala Tuju Best Blogger Network

Hala Tuju Best Blogger Network | Sebut saja hala tuju, sudah pasti kita tidak terlepas memperkatakan kehidupan pada masa hadapan yang lebih baik. Masa hadapan yang memberikan keputusan yang positif. Ia lebih sempurna jika ada diterapkan misi dan visi. 


Hala Tuju Best Blogger Network
Best Blogger Network

Hala Tuju Best Blogger Network

Setiap kelab, organisasi, pertubuhan atau pun persatuan, mestilah ada perancangan masa hadapan. Ini bagi mendapatkan gambaran dengan jelas ke mana arah tuju kelab nak disasarkan? Contohnya sudah pasti kita mahu lihat perkembangan pada "Best Blogger Network"

Jika sudah tahu hala tuju, maka matlamat untuk dicapai harus diterapkan dan direncanakan bagi mendapatkan apa yang ingin dikecapi? Marilah kita ikuti apakah misi dan visi kelab yang telah semakin ramai keahliannya ini. Jika berminat bolehlah join dengan melayari artikel "Jemputan Menjadi Ahli Best Blogger Network".  

Misi 

Tanpa ada misi, rasa janggal pula rasanya sesuatu organisasi untuk dijalankan. Di sini saya ingin perjelaskan apakah misi yang harus ada pada Best Blogger Network? Ahli dah semakin ramai dari hari ke sehari, perbincangan di group Whatsapp Best Blogger Network semakin nampak hasilnya. Sama-sama memberi idea, buah fikiran dan cadangan yang begitu jitu sekali. Terima kasih buat semua ahli BBN.

Gerak kerja yang sangat aktif dan memberi definisi yang boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa. Oklah.... Diantara misi yang boleh saya perjelaskan adalah arah tuju jangka pendek dan visi (jangka panjang) akan saya perjelaskan selepas ini.

Misi bermaksud matlamat yang harus dipertanggunjawabkan kepada seseorang atau sekumpulan yang dikhususkan untuk ahli-ahli yang terbabit. Ini memerlukan perbincangan, perjumpaan, gerak kerja, hala tuju dan boleh juga jika dilakukan secara maya, terutamanya melalui mesej Whatsapp, Facebook dan sebagainya. 

Gerak kerja bersama dengan menampilkan idea yang bernas, buah fikiran yang jitu, keputusan yang jelas dan dapat mencapai sesuatu matlamat yang diingini secara berkumpulan. Persetujuan setiap ahli perlu diambil dan dicatatkan oleh AJK terbabit. Setiap ahli perlu tahu kerja masing-masing dan  ada peranan masing-masing.. Nak tahu siapa ahli AJK Best Blogger Network, oleh itu anda kena pergi baca ke artikel ini "Pemilihan AJK Best Blogger Network".

Visi

Misi dan visi selalunya kena seiring, barulah segala perancangan dan matlamat serta wawasan dapat digapai dengan jayanya. Kedua-dua ni kena seiringan agar ianya lebih mudah untuk dirancang nanti.

Visi itu bermaksud wawasan yang berpandangan jauh dengan jangka masa yang panjang tetapi memerlukan ahli-ahli memantau secara berterusan dengan melihat perkembangan setiap masa dan memperbaiki kesilapan dengan segera agar wawasan itu terputus di tengah jalan. Jangan amalkan sikap seperti "Hangat-Hangat Tahi Ayam".

Visi dapat direalisasikan jika segala misi yang diterapkan pada setiap ahli berjalan dengan sempurna. Ia dapat menjadikan #BBN satu organisasi yang terhebat, diiktiraf sebagai salah satu Kelab Blogger Terbaik di Malaysia dengan mendapat pencapaian yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bukan kerana ramainya ahli tetapi dapat memberi sumbangan di alam maya dengan hasil karya, gerak kerja dan hala tuju yang mudah dan jelas. BBN boleh berdiri teguh, dihormati dan dipandang tinggi oleh organisasi atau kelab lain. Jika dapat tajaan daripada mana-mana NGO lagi bagus.

Matlamat

Bila misi dan visi dah diterapkan, maka matlamat yang ada perlu diusahakan secara berkumpulan dan berterusan agar segala perancangan, wawasan, hasrat dan harapan tidak terhenti di tengah jalan. Bukan sesuatu yang mudah tetapi jika setiap ahli bekerja dan memberi komitmen yang jitu dan padu, pasti sesuatu misi, visi dan matlamat dapat dicapai dan menjadi ianya semakin kukuh. Dengan ini akan menarik sesiapa saja untuk turut serta menjadi ahli kerana kewibawaan yang telah kita lakukan. 

Semoga Hala Tuju Best Blogger Network akan menjadi satu kenyataan dan menjadikannya satu wadah yang hebat untuk blogger di Malaysia sebagai tempat untuk mereka mencari apa yang mereka ingini? Insha Allah. Sama-sama kita doakan agar Allah Taala permudahkan segala urusan untuk kita lihat #BBN menjadi satu organisasi yang dihormati ramai.

Jutaan terima kasih kepada lynk.my (blog) lynkdotmy (facebook) iaitu Malaysia URL Shortener, Hexa Cooperation Sdn Bhd, iKedaiKami dan semua ahli-ahli yang sudi menjadi ahli Best Blogger Network. Terima kasih tidak terhingga juga untuk Tuan Fakhrul Razi yang sentiasa beri support atau sokongan buatgroup #BBN. Tidak lupa juga pengasas bersama BBN, yakni MrHanafi

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
17 Komentar untuk "Hala Tuju Best Blogger Network"

kerja keras tuan Kamil amat saya hargai..hasrat saya nak lihat kebajikan dan kerjaya blogger mendapat perhatian masyarakat luar..sebab blogge mempunyai pengaruh yang berimpak maksima dalam dunia online..

Saya sentiasa memberi kerjasama untuk lihat BBN terus maju kehadapan setanding dengan kelab blogger lain

Terbaik sahabat... semoga terus sukses dgn silaturrahim bersama yg diberkati... aamiin.

Semoga selepas ini semakin bertambah ahli dan semakin erat hubungan antara ahli dalam mencapai matlamat, visi dan misi kelab ni

Thanks for sharing .it very useful information for blog commenting lists…

Tak rugi join BBN ni. Banyak manfaatnya.

semoga semakin berjaya BBN

sukses selalu BBN,,,terimakasih

trimakasih informasinya menarik semoga bermanfaat

terimakasih informasi sangat membantu

terimakasih informasi sangat membantu

aplikasinya penggunaanya gmn mind...

aplikasinya penggunaanya gmn mind...

Terima Kasih, Sangat Membantu Artikelnya

makasih gan atas informasinya,,sangat bermanfaat bagi saya

Vimax
Vimax Asli
Vimax Canada
Vimax Canada Asli
Obat Pembesar Penis

sippp,,, banget gan,,,,makasih gan atas informasinya,,sangat bermanfaat bagi saya

Vimax
Vimax Asli
Vimax Canada
Vimax Canada Asli
Obat Pembesar Penis

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top