Selamat Hari Guru 2016: Guru Pembina Negara Bangsa | Begitulah slogan atau tema hari guru untuk tahun 2016. Ia disambut pada 16 Mei setiap tahun. Ia mengenang jasa dan pengorbanan guru terhadap penah-lelah, perit-jerih mendidik bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain seperti Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.
Guru Pembina Negara Bangsa |
Selamat Hari Guru: Guru Pembina Negara Bangsa
Kita sedia maklum tema hari guru pada tahun ini adalah "Guru Pembina Negara Bangsa". Sebelum ini slogan ini pernah diguna-pakai pada tahun 2009 dan 2010. Pada 16 Mei juga merupakan tarikh kelahiran saya. rugi pula tidak menjadi guru, kalau tidak boleh sambut kedua-duannya sekali.
Lagu Tema Hari Guru: Guru Pembina Negara Bangsa
"Terima Kasih Cikgu" itulah ucapan yang sering kita ucapkan ketika belajar di sekolah, ia diamalkan dari duli hingga sekarang masih lagi digunakan. Lebih hebat lagi ada hastag #TerimaKasihCikgu2016 atau #ThankYouCikgu. Begitulah mulianya seorang pendidik digelar guru atau cikgu. Mereka akan diujarkan dengan ucapan penghargaan setiap kali guru keluar dari kelas selepas mereka mengajar. Ia menjadi sebati dalam jiwa setiap pelajar.
Di sini mari kita huraikan maksud disebalik tema hari guru pada tahun ini. Guru Pembina Negara Bangsa yang menjadi lagu tema sempena hari guru yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib pada 16 Mei ini dalam satu Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali yang ke-45 di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah.
Difinisi & Peranan Guru
Guru - Guru merupakan pendidik, tenaga pengajar, pembimbing untuk anak didik mereka yang menyumbang tabur bakti dalam segala bentuk terhadap institusi pendidikan, mengerak dan menyumbangkan ilmu dan pendukung pembangunan pendidikan negara.
Guru amat berpengetahuan luas, berilmu, berkemahiran tinggi, berwawasan dan pakar dalam bidang masing-masing dan mempunyai keperibadian yang tinggi dan berupaya menjadikan mereka sebagai insan mulia dan ikon untuk diteladani.
Pembina - Guru sebagai pembina untuk memberi iltizam dan motivasi kepada pelajar bagi mengapai matlamat dan hasrat negara untuk menjadikan pelajar ke satu tahap yang boleh membanggakan negara, keluarga, sekolah, rakan-rakan taulan dan sebagainya.
Ia membina dalam kontek pendidikan yang jelas dalam membentuk pelajar yang berkualiti, berpengetahuan, berilmu dalam segala segi terutamanya rohani, jasmani, moral, emosi, tingkah-laku, interlektual bagi memenuhi inspirasi pendidikan negara.
Negara Bangsa - Kumpulan manusia yang ada iltijan tatanegara yang mampan dan jitu. Dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati-diri yang terpuji, bermoral, bertanggungjawab, patriotik, berpegang teguh terhadap ajaran agama. hidup dalam masyarakat yang bersopan-santun, berbudi bahasa, penyayang, demokratik, liberal, bertolak-ansur, hormat-menghormati, berfikiran matang, berbudaya saintifik, bersatu-padu dan sebagainya. Itulah yang menjadikan tema hari guru tahun ini "Selamat Hari Guru 2016: Guru Pembina Negara Bangsa" lebih bermakna.
Tema Hari Guru Mengikut Tahun
2016 Guru Pembina Negara Bangsa2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
SUMBER: Kementerian Pendidikan Malaysia
Akhir kata... di sini saya ucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di seluruh Malaysia. Semoga dengan adanya hari guru, maka ia menjadi pembakar semangat dan galakan untuk lebih cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai warga pendidik. Terima kasih guru, kalaulah pendidik kedua selepas ibubapa kami. #SelamatHariGuru2016 #ThankYouCikgu2016.
29 Komentar untuk "Selamat Hari Guru 2016: Guru Pembina Negara Bangsa"
tanpa guru siapalah kita kan.
dan tanpa guru belum tentu kita mampu menulis sebuah blog dengan baik
Memang betul tu Uncle Zuan. Guru adalah pendidik yang kita hormati semasa jadi pelajar dulu dan harus diikhtiraf dan dihormati selalama-lamanya, tanpa guru pasti kita tidak dapat tulis post blog dengan baik.
terasa rindu zaman2 study dulu..seronok kan.. selamat hari guru bt smua guru2 tmasuk abg zaza sndiri..
Baguslah Zaza.... sama-sama kita ucapkan selamat hari guru buat semua guru-guru di seluruh Malaysia.
selamat hari guru semua especially bro kamil. cikgu saya in blogging
kata penceramah... manusia yg sering di doa kan malaikat setiap hari adalah manusia yang slalu mngajarkan ilmunya kepada org lain.... kunjungi yah blog ane di http://fadhel98.blogspot.co.id/ And http://musictop98.blogspot.co.id/
dah lost conatct denagn guru-guru .. tak tahu apa citer dah.. walau apa-apa pun selamat hari guru jugak.. hee.. lambat pulak wish nya ye..
Selamat hari guru.. guru saya ntah dimana sekarang.. kangen juga dengan cara mereka berbicara :)
Guru kau adalah pahlawan bagi ku.. dikala aku bingung kau adalah penerangan.. Selamat hari guru.
I am not sure the place you are getting your information, however good topic. I needs to spend some time studying more or understanding more. Thank you for wonderful information I was in search of this info for my mission..
Android Training in Chennai
Keluarga saya pun ada 3 orang pendidik, selamat hari guru buat semua guru-guru
selamat hari guru, semoga enkau sehat selalu..
nasib guru Honorer sekarang semakin mengenaskan, sejahterakan mereka wahai para pemimpin negara..
Selamat Hari Guru, Jasa Guru selalu yg terbaik utk muridnya...
Selamat buat para guru ya
Thanks for the blog loaded with so many information.poker online
Nice blog ! Thanks for sharing such a post.
seo training in chennai
Really nice post.I would like to thank for your work.
Thanks,
Selenium Training in Chennai | Selenium Training | Selenium Course in Chennai
Good post. Keep sharing !
php training institute in chennai
jangan lupa kunjungi dan lihat video nya http://bit.ly/29ZSxxh
thanks to informationAgen Bola
Semoga guru-guru ini dapat berguna bagi negara.
Selamat hari guru
Guru adalah orang tua kita di sekloah kita harus menghargainya
slamat yaa teruntuk smua guru2ku dan sluruh guru di tanah air ini :*
Guru adalah pahlawan tanpa jasa..ada tanggung jawab baginya untuk mendidik para penerus bangsa
syukur masih banyak orang yang peduli dan menghormati guru, mengingat siswa2 yg tak beretika terhadap gurunya sudah semakin berlimpah
Guru termasuk orang yang paling berjasa dinegeri ini..lantaran beliau kita semua mengenal ilmu dari berbagai jenis ilmu
Guru adalah Pahlawan tanpa jasa dan pengorbanannya tiada nilainya
Thanks for the blog loaded with so many information. Agen Poker Terpercaya
Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.
Saya balas kunjungan anda nanti.
Sekian......