sensasi2020

Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza | sensasi2020 Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza - sensasi2020

Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza

Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza mula beroperasi pada hari Ahad, 17 Julai 2016 yang lalu bertempat di tapak letak kereta berhadapan pintu keluar-masuk Mid Point Shopping Complex, Pandan Indah, Kuala Lumpur. Gerai ini mulai menjalankan perniagaannya pada jam 7 malam dan ditutup jam 12 tengah malam.


Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza
Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza

Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza

Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza ini diusahakan oleh blogger Kamil Salleh, berasal daripada Tumpat, Kelantan. Beliau sekeluarga berhijrah ke Selangor pada tahun 2014 lagi dan bekerja kilang membuat kek yang terkenal di Kelana Jaya, Sehingga kini Abe Kamil (nama panggilan) masih lagi bekerja di sana dan membuat perniagaan sampingan di sebelah malam dengan menjual nasi lemak pandan.


Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza
Banner Nasi lemak Pandan Mieeza

Pada sebelah malam gerai ini boleh dilihat dengan jelas kerana ia berdekatan dengan jalan utama menuju ke Pandan Indah. Jarak dari Bandar Baru Ampang ke Pandan Indah adalah 4.5 km dan masa perjalanan mengambil masa selama 10 minit sahaja. 

Penduduk sekitar Pandan Indah, Ampang, Gombak bolehlah pergi ke sana menikmati keenakan dan kelazatan Nasi Lemak Pandan Mieeza ini. Tuan punya gerai ini mengalu-alukan orang ramai untuk merasainya sendiri bagaimana rasanya nasi lemak pandan tersebut.

Peluang Nasi Lemak Pandan Mieeza Top

Setiap perniagaan dalam apa jua sekali pun tetap ada cabarannya dan dugaannya. Persaingan dalam bisnes memang hebat tetapi jika kena gayanya boleh jadi top dan dikenali ramai. Mahu jadikan Nasi Lemak Pandan Mieeza Dikenali Ramai ada peluang terbuka luas. Ia perlu mengambil masa untuk melangkah jauh dalam urusan bisnes.

Semua orang ada rezeki masing-masing, cuma bagaimana mahu lakukan dan apakah usaha yang perlu dilakukan agar bertambah ramai pelanggan? Ia tidak lain adalah berusaha atau berikhtiar, berdoa dan bertawakal.

Peluang inilah membuat Abe Kamil membuka gerai beliau di Pandan Indah. Kalau diikutkan lokasi terdekat dengan rumahnya, Taman Bukit Indah adalah lokasi yang terdekat boleh beliau buka gerainya namun untuk lebih pergi jauh dan maju ke hadapan, beliau memilih Pandan Indah lokasi terbaik.


Sambal Sedap Jadi Pilihan Ramai

Bagi mendapatkan makanan yang sedap dan menyelerakan perlukan resepi dan ramuan yang teristimewa dalam masakannya terutamanya sambal ikan bilis, sambal sotong, sambal udang dan sambal kerang. Ramuan kampung tradisional dari Kelantan adalah pilihan yang bijak dan tepat.

Bukan nak kata sambal di Kuala Lumpur tidak sedap tetapi untuk mencari kelainan, kita perlu mencari kaedah yang yang terbaik dengan membawa resepi tradisional dari kampung untuk dijadikan sambal menjadi sedap dan mendapat tempat di hati pelanggan. Apa yang Abe Kamil lakukan tepat pada masa.

Perjalanan Perniagaan Nasi Lemak Pandan Mieeza

Sepanjang 11 hari perniagaannya, sambutan amat mengalakkan daripada orang ramai. Setiap hari rezeki semakin bertambah, pelanggan semakin ramai dan ini memberi rezeki atau pendapatan yang lebih. 

Beliau adalah seorang blogger dan sudah pasti menjadikan blog beliau sebagai tempat review bisnes yang beliau jalankan dan ditambahkan lagi dengan menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatApp, WeChat, WowApp akan lebih mudah, senang dan cepat untuk mempromosikan dan memperkenalkan jenama perniagaan nasi lemak pandan terbabit.

Sama-sama kita doakan agar bisnes Nasi Lemak Pandan Mieeza bertambah maju dari hari ke sehari. Ia memerlukan sedikit masa untuk terus mengecapinya kejayaan dan menjadikan Nasi Lemak Pandan Mieeza Dikenali Ramai.

18 Komentar untuk "Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza"

Kalau ke Pandan Indah, in shaa Allah saya akan singgah...

Kalau ke Pandan Indah, in shaa Allah saya akan singgah...

kalau dekat kita dah singgah dah ni..all the best ye..nampak ramai je yang menyinggah ke sini

Daerah mana ini gan??

semoga terus sukses tuan

pengenn cobaa lo gan
kalo saya ada k KL pasti kesana cobaa

kene cuba ni, nasi lemak kene lauk mmg sedap dan berbaloi beli

Wah sepertinya enak ini makanannya :)
nanti mau coba ahh

Tak sabar nak tunggu Fidah datang.

Jom singgah, bila tu nak datang.

Alhamdulullah...dah 1 bulan lebih beroperasi dah makin ramai pelanggan.

Ini dkt Pandan Indah, bersebelahan Ampang atau dkt Hospital Puteri Ampang atau Menara MPAJ, Pandan Indah.

Terima kasih puan Rahsnah...doa-doakanlah agar dimurahkan rezeki yang bertambah ruah.

Jom dtg KL, singgahlah di gerai saya nanti ye... Saya belanja.

Tak sabar nak tunggu Puan Nian Seri datang. Bolehlah saya belanja sebungkus nasi lemak dan sambal kerang.

Terima kasih atas artikelnya yang sangat bagus..

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top