Iklan Adsense Di Blog sensasi2020 Dah Muncul | Assalamualaikum..... Setelah sekian lama menunggu kelulusan penuh daripada pihak Google Adsense, akhirnya dah diluluskan sepenuhnya tetapi awas! Anda perlu berhati-hati....

Ini cuma iklan percubaan, jika mereka berpuas hati, ia akan diluluskan sepenuhnya (Non Hosted) dengan syarat ia tidak melanggar terma dan syarat yang Google Adsense tetapkan. 



Iklan Adsense Di Blog sensasi2020 Dah Muncul
Iklan Adsense Di Blog sensasi2020


Iklan Adsense Di Blog sensasi2020 Dah Muncul


Siapa tak gembira wehhh.... sekian lama menunggu keputusan debgan penuh kesabaran.  Akhirnya menceriakan jiwa dan raga., rasa nak melompat-lompat. 


Iklan Adsense Di Blog sensasi2020 dah muncul
Emel Daripada Google Adsense


Ia dihantar melalui emel (gmail) oleh Google Adsense pada 21 Julai 2017, jam sekitar 9.06 pm. Lebih kurang 10 hari menunggu keputusan berkaitan penyiaran adds adsense di blog kerana ianya direview/disemak oleh team google adsense. Terima kasih buat Team Google Adsense meluluskan permohonan saya.

Sebenarnya dah lama akaun penuh diluluskan tetapi saya abaikan. Saya ingatkan untuk youtube sahaja, rupanya kita boleh ubah/upgrade akaun hosted kepada non hosted, disebabkan cetek pengetahuan dan ilmu berkaitan adsense,  maka ia tersadai tanpa nakhoda.

Sebelum ini,  saya dah ada akaun penuh adsense youtube tetapi saya tidak upgrade dekat akaun adsense.com, di bahagian setting dan add product.

Kalau tahu boleh upgrade begini dah lama saya buat.  Ia lebih mudah jika blog kita dah ada domain TLD (Top Lever Domain) sendiri, yakni ada dot com,  dot my,  dot net dan sebagainya di belakang nama blog kita.


Cara Betul Letak kode Iklan Adsense

Dalam waktu menunggu blog yang diupgrade direview dan diluluskan seperti artikel saya sebelum ini "Adsense Dah Lulus Akaun Penuh Tetapi... ". Kita disarankan untuk letak kode iklan adsense agar google adsense dapat mengenali pasti blog kita layak atau tidak?

Sebenarnya nak letak iklan adsense (adds Adsense) kenalah betul dan tepat posisinya. Terutamanya apabila nak letak kode di template (html). Setting di template harus berhati-hati supaya tidak tertinggal atau terpadam kode di dalamnya. 

Begitu juga nak letak iklan di bawah header,  di tengah posting di sitebar, di bawah posting dan sebagainya supaya "Iklan Adsense Di Blog sensasi2020 Dah Muncul" tetap terus muncul untuk selama-lamanya. Insya Allah...