sensasi2020

Shopee Lancar Perkhidmatan Shopee24 Express Delivery | sensasi2020 Shopee Lancar Perkhidmatan Shopee24 Express Delivery - sensasi2020

Shopee Lancar Perkhidmatan Shopee24 Express Delivery

Shopee Lancar Perkhidmatan Shopee24 Express Delivery telah bermula dan pengguna di Lembah Klang boleh menerima barangan yang ditempah di kedai online Shopee pada keesokkan harinya.

Sempena pelancaran kemudahan baru itu, kedai online Shopee juga turut memperkenalkan kempen Shopee 7.7 Orange Madness sehingga 7 Julai depan.



Shopee Online Shop
Shopee Online Shop

Shopee Lancar Perkhidmatan Shopee24 Express Delivery


Pengguna di Lembah Klang kini boleh menerima barangan yang ditempah di Shopee pada keesokan harinya menerusi kempen yang dilancarkan dengan Perkhidmatan Shopee24 Express Delivery.

Kemudahan tersebut boleh dapat pada barangan yang pelanggan tempah dengan ditag sebagai "Shopee24" dan pesanan perlu dibuat sebelum jam 2 petang kecuali hari Ahad dan cuti umum.

Shopee menawarkan lebih daripada 10,000 barangan dari pelbagai jenama seperti Dutch Lady, Nescafe, Dove, Drypers, Dettol, Khind, Philips dan lain-lain lagi.

Shopee juga menawarkan pelbagai aktiviti promosi termasuk Jualan Kilat RM0.77, Hadiah Terjamin, Shopee Quiz, Penghantaran Percuma dan pemberian baucar (voucher) dengan nilai kerseluruhan berjumlah RM7 juta.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, pihaknya mendapati pengguna bukan saja mahu menerima barangan yang dibeli dalam keadaan terbaik, malah semakin ramai yang mahukan penghantaran yang cepat dan cekap.

"Keupayaan menjamin penghantaran ekspres bagi pelbagai barangan atau produk tanpa mengenakan caj yang tinggi mampu mengubah dan menukar cara hidup rakyat Malaysia membeli-belah secara online dan memberi kesan yang positif terhadap kehidupan mereka." katanya menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini.

Apabila kempen ini dilancarkan, pasti ramai pelanggan setia dan baru akan bertambah ramai untuk memilih Shopee sebagai tempat mereka menempah barangan keperluan dan mengikut cita rasa.

0 Komentar untuk "Shopee Lancar Perkhidmatan Shopee24 Express Delivery"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top