sensasi2020

Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016 | sensasi2020 Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016 - sensasi2020

Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016

Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016 | Siapa sangka seorang pemain Malaysia boleh menang Puskas FIFA Award 2016 di Zurich, Switzerland untuk jaringan gol tercantik sepanjang 2016, meletakkan namanya sebaris dengan pemain terkemuka dunia yang telah menang anugerah sebelum ini seperti Cristiano Ronaldo dan Neymar.


Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016
Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016

Puskas Fifa 2016, Faiz Subri Menang



Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016
Tahniah Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016

Tahniah....... Faiz Subri! Seluruh rakyat Malaysia merasa bangga apabila mendapat perkhabaran gembira, setelah mengetahui Faiz Subri berjaya mengalahkan dua orang pemain bola sepak negara lain dalam perebutan anugerah Puskas Fifa 2016.

Boleh dikatakan ramai yang mengundi beliau semasa kempen undian yang disiarkan di website FIFA baru-baru ini sebelum ianya di tutup pada 7 Januari 2016 yang lalu. Ini juga berkat undian ralyat Malaysia yang tidak jemu mengundi beliau.

Faiz Subi Menang Anugerah

Penyerang Pulau Pinang berusia 29 tahun ini menerima anugerah tersebut hasil jaringan gol tendangan percuma yang memukau dan magik pada 16 Februari 2016 perlawanan diantara Pulau Pinang vs Pahang dengan jaringan 4-1 dalam Liga Malaysia 2016.

Faiz Subri juga mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah tersebut. Beliau mengetepikan dua calon akhir (top 3) Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk anugerah yang pertama kali dimenangi oleh pe,ain Portugal, Christiano Ronaldo pada tahun 2009.

Faiz Subri meraih undian sebanyak 59.46 peratus mengatasi pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dengan undian 22.86 peratus diikuti Danius Rodriguez dengan 10.01 peratus undian.

Akhir kata, saya ucapkan tahniah sekali lagi buat Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016. Semoga beliau tidak lupa pada peminat di seluruh Malaysia yang sentiasa mendoakan kemenangan beliau sepanjang kempen undian tersebut.

Semoga beliau terus berusaha lagi untuk mencipta jaringan yang lebih menajubkan lagi agar bakal memenanginya lagi pada tahun-tahun akan mendatang. Jadikan anugerah ini sebagai pembakar semangat untuk bermain dengan baik dengan pasukan Pulau Pinang yang diwakilinya dalam Liga Malaysia 2017 nanti.

6 Komentar untuk "Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016"

Kehebatan tendangan percuma Faiz Subri menakjubkan. Memang patut beliau menang.

Tahniah buat Faiz Subri mengharumkan nama Malaysia dipersada bola sepak antarabangsa.

Tahniah tahniah .. hebat pemain penang ni .. huhu ...

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ni. :)

mmg wajar ka subri ni menang cantik bola tu masuk

Selamat, sungguh satu anugrah yang membanggakan bukan hanya untuk Faiz Subri saja, tapi juga untuk seluruh warga Malaysia.
Umroh April 2017
Umroh Mei 2017

Back To Top