Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa

                                
                           Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa


Assalamulaikum.....
Salam 1 Malaysia.......
Salam Sejahtera Semua.......!!!


                                                        Keistimewaan Ramadan     
                                                    

                                                                               

          Ramadan adalah bulan umat Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila tiba bulan Ramadan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. “Baginda bersabda dalam hadis yang lain pula, “Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadan.”

         Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Ramadan adalah bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan (al-haq dan batil).” Surah Al-Baqarah : 185

         Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ‘ bersenang-senang atau duduk beristirehat ‘. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan.



                                                                              

                                               Tersirap di sebalik makna Ramadan

R - Ramadan merupakan Rukun Islam ke 3 dan ia adalah bulan yang penuh berkat dan rahmatnya.
A - Amalan dibuat dalam bulan ini mendapat berganda ganjaran pahala.
M - Memberi keampunan segala dosa yang telah lalu daripada Allah Taala.
A - Amat beruntung bagi umat Nabi Muhammad kerana 1 bulan bersamaan 1000 bulan lain.
D - Dalamnya ada banyak fadilat untuk diberikan kepada umat Islam untuk diamalkan.
A - Ajaran drpd Rasulullah utk diamalkan dgn meninggalkan Al Quran dan Hadis sbg panduan hidup.
N - Nawaitunya, wajib keatas setiap umat Islam untuk mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadan.




                                                      Pantun Ramadan


Bulan Ramadan bulan yang mulia,
Umat manusia mula berpuasa,
Menyambut dengan penuh takwa,
Untuk mendekati pada Allah yang Esa.

Bulan Ramadan bulan yang berkat,
Mendapat keberkatan dari Allah Taala,
Apabila amalan baik dibuat,
Serta tidak melakukan perkara dosa.

Bulan Ramadan bulan rahmat,
Memberi kerahmatan setiap perkara dilakukan,
Untuk mengalakkan hambanya berhajat,
Supaya memperbanyakkan segala amalan.

Ramadan bulan yang keampunan,
Memperolehi keampunan drpd Ilahi
Jika melakukan perkara kemuliaan, 
Pasti ganjarannya berganda berlipat kali.  




                                                        Kelebihan Berpuasa
                                                

1 -  Berbuka Dengan Tamar/Kurma 
Diriwayatkan hadis daripada Anas Bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w); ‘Barangsiapa mendapat dia akan tamar (kurma) maka hendaklah berbuka puasa dengannya, maka barangsiapa tidak dapat maka hendaklah berbuka puasa atas air (yakni, dengan air), maka sesungguhnya air itu suci (menyucikan perut kamu). [Hadis At-Termidzi] 

Oleh itu, berbuka dengan kurma (tamar) itu mendapat pahala sunnah, begitu juga air, jika tiada kurma. Begitu juga hadis berikut memberikan dalil yang sama mendapat ganjaran pahala sunnah apabila berbuka dengan memulakan makan kurma (tamar).


2 -  Bersegera Berbuka 
Kita mendapat pahala dengan cara yang mudah kerana mempercepatkan berbuka ketika sudah tiba waktu berbuka, yakni waktu Maghrib. Lihat 4 hadis berikut:

Diriwayatkan hadis dari Abu Zarr (r.a) mengatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Selalulah umatku dalam keadaan kebaikan (mendapat pahala) selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur. [Hadis Imam Ahmad] 


3 -  Melambatkan Bersahur 
Kita diberitahu bahawasanya melambatkan bersahur itu mendatangkan pahala serta keberkatan kepada makanan kita ketika bersahur. 

 Diriwayatkan hadis daripada Zaid bin Thabit (r.a) berkata: ‘Makan sahur kami berserta Nabi (s.a.w), kemudian bangun kami kepada solat. Berkata Zaid: ‘Berkata aku: ‘Berapa ada kadar (kira-kira) demikian (antara sahur dengan solat subuh)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Kadar (yakni, kira-kira membaca) lima puluh ayat al-Quran .’ [Hadis Hasan Sahih At-Termidzi] 
Sampai waktu manakah boleh bersahur? Di dalam hadith di atas dijelaskan bahawa kita boleh bersahur sampai kira-kira 10 minit sebelum azan Subuh, yakni lamanya kira-kira membaca alat al-Quran 50 ayat.

Sekiranya kita terlambat bangun dari tidur, kita masih boleh bersahur walaupun dalam waktu sudah masuk Subuh. Yang utama juga diingatkan hendaklah kita berniat untuk puasa esoknya sebelum terbit fajar, jika tidak berniat sebelum siang tak sah puasa kita.


                                                                            


                                                     Fadhilat Solat Terawih

Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan oleh ibunya.
Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa
kedua ibubapanya.

Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar
meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-
dosa mereka.

Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala
yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan
sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang
bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang
mengerjakan tarawih malam itu.
Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang
musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang
dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam Ke sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi
Muhammad s.a.w.

Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam Kedua belas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam Ketiga belas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan
keburukan.
Malam Keempat belas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan
menyesatkan mereka.

Malam Kelima belas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.

Malam Keenam belas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga.
Malam Ketujuh belas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam Kelapan belas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan
dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam Kesembilan belas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam Kedua puluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang
soleh.

Malam Kedua puluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam Kedua puluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari
tersebut.
Malam Kedua puluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam Kedua puluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang
mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam Kedua puluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam Kedua puluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang
mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam Kedua puluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam Kedua puluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Malam Kedua puluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Malam Ketiga puluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir
dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang
Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama
salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang
bernama Al-Kautsar.


 *SELAMAT  BERPUASA  DALAM  BULAN  RAMADAN  AL-MUBARAK.


Sekian, terima kasih............
Wassalam.................



Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top