Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Assalamulaikum.....
Salam 1 Malaysia.......
Salam Sejahtera Semua.......!!!
Keistimewaan Ramadan
Ramadan adalah bulan
umat Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila tiba bulan
Ramadan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu
neraka lalu diikatkan semua syaitan. “Baginda bersabda dalam hadis yang lain pula, “Jika
umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadan
nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai
bulan Ramadan.”
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Ramadan adalah bulan yang dalamnya
diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan
mengenai petunjuk itu dan perbezaan (al-haq dan batil).” Surah
Al-Baqarah : 185
Bulan
Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T.
kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan
berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita
dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih
juga membawa maksud ‘ bersenang-senang atau duduk beristirehat ‘. Jadi
solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam
bulan Ramadan.
Tersirap di sebalik makna Ramadan
R - Ramadan merupakan Rukun Islam ke 3 dan ia adalah bulan yang penuh berkat dan rahmatnya.
A - Amalan dibuat dalam bulan ini mendapat berganda ganjaran pahala.
M - Memberi keampunan segala dosa yang telah lalu daripada Allah Taala.
A - Amat beruntung bagi umat Nabi Muhammad kerana 1 bulan bersamaan 1000 bulan lain.
D - Dalamnya ada banyak fadilat untuk diberikan kepada umat Islam untuk diamalkan.
A - Ajaran drpd Rasulullah utk diamalkan dgn meninggalkan Al Quran dan Hadis sbg panduan hidup.
N - Nawaitunya, wajib keatas setiap umat Islam untuk mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadan.
Pantun Ramadan
Bulan Ramadan bulan yang mulia,
Umat manusia mula berpuasa,
Menyambut dengan penuh takwa,
Untuk mendekati pada Allah yang Esa.
Bulan Ramadan bulan yang berkat,
Mendapat keberkatan dari Allah Taala,
Apabila amalan baik dibuat,
Serta tidak melakukan perkara dosa.
Bulan Ramadan bulan rahmat,
Memberi kerahmatan setiap perkara dilakukan,
Untuk mengalakkan hambanya berhajat,
Supaya memperbanyakkan segala amalan.
Ramadan bulan yang keampunan,
Memperolehi keampunan drpd Ilahi
Jika melakukan perkara kemuliaan,
Pasti ganjarannya berganda berlipat kali.
Kelebihan Berpuasa
1 - Berbuka Dengan Tamar/Kurma
Diriwayatkan
hadis daripada Anas Bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah
(s.a.w); ‘Barangsiapa mendapat dia akan tamar (kurma) maka hendaklah berbuka
puasa dengannya, maka barangsiapa tidak dapat maka hendaklah berbuka puasa atas
air (yakni, dengan air), maka sesungguhnya air itu suci (menyucikan perut
kamu). [Hadis At-Termidzi]
Oleh itu, berbuka dengan kurma (tamar) itu
mendapat pahala sunnah, begitu juga air, jika tiada kurma. Begitu juga hadis
berikut memberikan dalil yang sama mendapat ganjaran pahala sunnah apabila berbuka
dengan memulakan makan kurma (tamar).
2 -
Bersegera Berbuka
Kita mendapat pahala
dengan cara yang mudah kerana mempercepatkan berbuka ketika sudah tiba waktu berbuka, yakni waktu Maghrib. Lihat 4 hadis berikut:
Diriwayatkan
hadis dari Abu Zarr (r.a) mengatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda:
‘Selalulah umatku dalam keadaan kebaikan (mendapat pahala) selama mereka
menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur. [Hadis Imam Ahmad]
3 - Melambatkan Bersahur
Kita diberitahu bahawasanya
melambatkan bersahur itu mendatangkan pahala serta keberkatan kepada makanan kita
ketika bersahur.
Diriwayatkan
hadis daripada Zaid bin Thabit (r.a) berkata: ‘Makan sahur kami berserta Nabi
(s.a.w), kemudian bangun kami kepada solat. Berkata Zaid: ‘Berkata aku: ‘Berapa
ada kadar (kira-kira) demikian (antara sahur dengan solat subuh)?’
Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Kadar (yakni, kira-kira membaca) lima
puluh ayat al-Quran .’ [Hadis Hasan Sahih At-Termidzi]
Sampai waktu manakah boleh bersahur? Di dalam hadith
di atas dijelaskan bahawa kita boleh bersahur sampai kira-kira 10 minit sebelum
azan Subuh, yakni lamanya kira-kira membaca alat al-Quran 50 ayat.
Sekiranya kita terlambat
bangun dari tidur, kita masih boleh bersahur walaupun dalam waktu sudah masuk
Subuh. Yang utama juga diingatkan hendaklah kita berniat untuk puasa esoknya
sebelum terbit fajar, jika tidak berniat sebelum siang tak sah puasa kita.
Fadhilat Solat Terawih
Malam
Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan oleh ibunya.
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan oleh ibunya.
Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa
kedua ibubapanya.
Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar
meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-
dosa mereka.
Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala
yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan
sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan
sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang
bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang
mengerjakan tarawih malam itu.
Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang
musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang
dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam Ke sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi
Muhammad s.a.w.
Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam Kedua belas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Malam Ketiga belas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan
keburukan.
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Malam Ketiga belas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan
keburukan.
Malam Keempat belas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan
menyesatkan mereka.
Malam Kelima belas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.
Malam Keenam belas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga.

Malam Ketujuh belas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam Kelapan belas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan
dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Malam Kesembilan belas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Kedua puluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang
soleh.
Malam Kedua puluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Malam Kedua puluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari
tersebut.

Malam Kedua puluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Malam Kedua puluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang
mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam Kedua puluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam Kedua puluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang
mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam Kedua puluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam Kedua puluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Malam Kedua puluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Malam Ketiga puluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir
dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang
Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama
salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang
bernama Al-Kautsar.

*SELAMAT BERPUASA DALAM BULAN RAMADAN AL-MUBARAK.
Sekian, terima kasih............
Wassalam.................
1 Komentar untuk "Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa"
Terima Kasih Infonya Gan, Sangat Bermanfaat Artikelnya !!!
vimax
vimax asli
vimax pills
ciri ciri vimax asli
obat perangsang wanita
jual obat perangsang cair
blue wizard
obat kuat pria
obat kuat tahan lama
obat viagra
vmenplus
pembesar penis alami
obat pembesar penis
klg pill asli
jual klg pill asli
klg pills
cream pembesar penis
cream kuda jantan
vagina getar
jual vagina getar
vagina getar goyang suara
vagina senter
jual vagina senter
obat pengemuk badan
obat peninggi badan
alat penggeli vagina
alat pembesar penis
vakum pembesar penis
terapi pembesar penis
vimax kapsul
obat kuat nangen
obat kuat herbal
potenzol cair
Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.
Saya balas kunjungan anda nanti.
Sekian......