Segmen Review Sesama Blogger

Assalamualaikum...
Salam 1 Malaysia......
Salam sejahtera...semua....!!!


  Segmen Review Sesama Blogger 
Artikel ini dikarang pada 14 Disember 2012, jam 5.30 pm, hari Jumaat 




               Segmen review ni memang ada sebab dan syarat tersendiri. Tujuannya adalah ingin:

  1. Meraih undi G+ di entri Contest Gadjet Impian iPhone5
  2. Mempromosi blog seorang rakan yang baru di tubuhkan setelah blog beliau yang lama telah di hack.
  3. Memberi ruang kepada blogger yang turut serta mengundi saya itu mempromosi blog nya sendiri di blog puanbee.com.



Kritikan/komen Yang Membina: 


PUANBEE.COM : Review

           

           Masih ingat dengan empunya URL penganjurnya http://puanbee.com, selalu diperkatakan selalu oleh blog Denaihati, sebuah blog yang mengambarkan sebuah kekeluarga yang harmoni. Dengan theme blog yang mesra pelawat. Setiap theme yang beliau perbaharui, sentiasa disukai ramai.  Ada segmen tertentu yang pastinya mendapat tempat di hati rakan-rakan. Sering juga kelihatan dalam setiap contest SEO yang diadakan. Boleh terjah jika ingin mengetahui tentang beliau dengan melawati http://puanbee.com.

          Seorang surirumah yang mementingkan sebuah keluarga bahagia bersama suami serta anak-anaknya. Beliau juga menjalankan bisnes secara sambilan dan sepenuh masa iaitu : Bisnes menjual produk wanita , corset dari premium beautiful , lactolite , bio ever , short bra dan herba maharani. Alpha lipid sd2.
          Beliau amat meminati masakan. Di blog beliau ada di letakkan satu laman yang diberi nama "RESEPI". Ini dapat mengambarkan bertapa hebatnya beliau dalam acara masakan. Kata orang " Suami pasti menyayangi si isteri seandainya masakan si isteri amat sedap". 

     Semoga sedikit sebanyak dapatlah digambarkan bahawasanya Puanbee ni seorang yang berjiwa penyayang, berwawasan, tidak mengenal erti berputus asa, sentiasa menumpu perhatian terhadap perkara yang dilakukannya dan bercita-cita tinggi. 



LENSABLOGGER.COM : Review 

 
 
         Tidak pernah mengenali beliau dengan nama lensablogger.com Nama pun belum terjumpa di mana-mana dalam blogwalking. Amat terasing dengan blog beliau. Namun ini semua bukan penghalang untuk tidak mengupas apa yang ada di blog beliau. Syaratnya dah ditetapkan penganjur, harus/wajib memperkenalkan beliau di alam maya ini.

            Theme di blog beliau simple saja, banyak terdapat di mana-mana rakan blogger yang lain. Cuma banyak segmen yang beliau tempatkan di laman blog beliau. Ini memberi pelawat banyak pilihan untuk menyelongkar setiap laman. Namun tidak dapt mengesan di mana penulisnya. Tidak ada biodata khusus untuk mengenali beliau. Saya pun masih tercari-cari di mana tuan punya lensablogger.com ini?

          Namun boleh dikatakan blog beliau masih kurang dengan foto-foto, imej yang dirakam, tempat menarik yang dilawati. Artikel yang ada, kebanyakkan diambil daripada sumber-sumber lain. Di sini perlu menperkayakan penulisan dan bakat yang ada supaya ia lebih menarik minat pelawat untuk menerjah blog beliau. Barulah segala kelemahan dapat dibaiki dari masa ke semasa.

             Perlu banyakkan blogwalking lagi supaya apa yang ada di luar sana dapat dijadikan panduan untuk menambah idea penulisan, persembahan, aktiviti semasa dan sebagainya, supaya kena dengan domain yang dipilih "lensablogger" yang bermaksud seorang penulis blog dengan lensa/kamera sentiasa dibawanya ke mana saja mahu pergi.

           Nasihat saya supaya beliau boleh mempelajari daripada Puanbee jika mahu terus maju dalam blogger popular. Jadikan suatu yang kita minati dipersembahkan di blog kita dengan gaya tersendiri. Kemaafan dipinta jika ada yang tersalah dan menyingung perasaan saudara lensablogger.com.


SENSASI2020.COM : Review 



NAMA BLOG : sensasi2020
URL BLOG : http://sensasi2020.com
NAMA SEBENAR : Kamil Bin Salleh
TINGGAL : Kota Bharu, Kelantan.
STATUS : Berkahwin dan mempunyai 4 orang (3 perempuan 1 lelaki).





                

              Hanya seorang insan yang sederhana dalam kehidupan. Menulis sebagai penulis sambilan. Mengisi masa yang terluang pada malam hari sahaja. Bekerja sebagai seorang penghias kek ising. Hanya bekerja di sebuah kedai kek yang dipunyai oleh tauke/majikan Cina. Berkecipung dalam bidang ini lebih kurang 22 tahun.

               Sering juga menyertai contest anjuran blogger terkenal di Malaysia. Sekadar mencuba nasib, mana tahu dapat juga apa-apa sebagai saguhati. Buat sebagai koleksi terhadap apa yang disertai. Bila lihat rakan-rakan dapat income yang banyak , terliur juga di hati, macam puanbee.com . He..he..!!!

             Selalu juga komen di mana-mana blogger hebat seperti Denaihati.com, PuanBee.com, ciktom.com dan Eizil.com dan lain-lain lagi. Hanya berstatus PR 1(Google), Rank Global-218,843 dan Rank Malaysia-1116 (Alexa).

Alexa Certified Traffic Ranking for www.sensasi2020.com                 Google PageRank Checker                  

               Ini adalah sebahagian saja info yang dapat diberikan. Jika mahukan keterangan lebih lanjut bolehlah layari laman blog saya http://www.sensasi2020.com Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menyokong saya selama ini. Tanpa anda siapalah saya.


Yang lebih penting lagi VOTE saya di contest denaihati.com, "iphone 5 Gadget Impian". 

Atau layari blog (entri) saya di  
http://www.sensasi2020.com/2012/12/iphone-5-gadget-impian.html
 




Syarat-Syarat Yang Perlu Dipatuhi      
           
  1.  Pegi ke artikel  —>    i Phone 5 Gadjet Impian  dan klik butang G+ yang di sediakan.
  2. Like Facebook —- > Lensablogger.com
  3. Tulis  ” semoga berjaya  untuk contest iphone5 gadjet impian ” dan masukkan link ini — >  http://puanbee.com/iphone-5-gadget-impian/
  4. Tulis satu artikel dengan tajuk  Segmen Review Sesama Blogger
  • Di dalam artikel : Mesti ada perenggan memperkenalkan blog anda sendiri. Komen tentang blog puanbee.com dan komen tentang blog lensablogger.com
  • Di akhir artikel letakkan link  dan ayat seperti ini –>  : ” Segmen review sesama blogger ini di anjurkan oleh Puanbee.com dan kerjasama antara Lensablogger.com  , Pondokkecil.com ,  Servis Tempahan Design  , Anarm.net  , PaPaMifz.com , Ciklaili.com  ”
  • Dan akhir  sekali hantar link ke bawah artikel ini.
Tarikh Mula Hantar Artikel : 28 NOV 2012
Tarikh Akhir Hantar Artikel :  pada jam 11.59  24 / 12 / 2012
======================
*Hadiah dan pemenang akan di umumkan dalam masa seminggu lepas contest tamat.
*Review akan di lakukan ikut kelapangan masa saya  , bila-bila masa boleh bermula.
Selain dari Review dari saya .. peserta yang bertuah akan mendapat wang saguhati dari lensablogger.com. Pemenang hadiah ini akan di nilai oleh lensablogger.com sendiri. Artikel paling menarik , kreatif da boom  dan lengkap adalah pemenang. icon smile Segmen Review Sesama Blogger program blogger iPhone5 gadjet impian iPhone5 gadjet impian iphone5 contest blogger contest blogger anjuran contest
  1. Tempat pertama RM100,
  2. Tempat kedua kedua RM50,
  3. Tempat ketiga RM30,
  4. Dan  2 hadiah saguhati RM10
Hadiah Lain di taja oleh Pondokkecil.com
  • Wang tunai RM50 untuk 2 pemenang ( di pilih secara random )
Hadiah Lain di taja oleh  Service Tempahan Design
  • 2 pemenang design timeline di facebook contoh boleh tengok –> disini
Hadiah lain di taja oleh Anarm.net ..
  • Wang tunai RM50 untuk 2 pemenang ( dipilih secara random)
Hadiah dari Ciklaili.com dan PapaMifz.com
  • Wang tunai RM 100 untuk 2 pemenang ( dipilih secara random )
=====================

             Hanya ini saya yang dapat saya berikan persembahan, maklum sajalah, banyak yang perlu dipelajari lagi untuk memantapkan karya dan cara ingin menarik minat pelawat. Kadang-kadang kita hanya mengkritik tapi diri sendiri banyak kekurangan. Inilah sebabnya saya juga memerlukan sokongan rakan-rakan. 

             Jika ada terkasar bahasa dan tersilap dengan tersengaja atau tidak sengaja harap dimaafkan.

Sekian, terima kasih.
Jumpa lagi di lain artikel....

Wassalam.....bye..bye...!!!

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Segmen Review Sesama Blogger"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top