Saripati Akujanji BN Untuk PRU13.



Assalamualaikum.....
Salam 1 Malaysia........!!!


        Intipati Manifesto Barisan Nasional 2013 adalah satu akujanji BN terhadap rakyat. Ini meliputi segala keperluan untuk kebajikan rakyat selepas Pilihanraya ke 13 nanti. Ini akan memberi kemudahan, kenikmatan, kemakmuran dan kestabilan ekonomi rakyat terhadap kehidupan yang sempurna. Semoga ia menepati janji dan membawa harapan yang tinggi terhadap kerajaan yang diperintah nanti.

Intipati Akujanji Barisan Nasional Untuk PRU13



Acara Bermulanya Manifesto  

  • Tambah BR1M, RM1,200 untuk ketua isirumah dan RM600 untuk bujang.
  • Naikkan BB1M RM300 dan bantuan awal persekolahan RM150.
  • Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukkan khas kepada komuniti kurang bernasib baik.
  • Menambah peruntukkan khas kepada semua jenis sekolah, sekolah agama bantuan kerajaan , MRSM, sekolah berasrama penuh  dan sekolah mubaligh.
  • Memperbaiki penguasaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, di kalangan pelajar tahap prasekolah hingga ke peringkat menengah dan menjadikan Bahasa Inggeris wajib lulus dalam SPM di semua sekolah.
  • Struktur semua agensi kerajaan dengan wujudkan kementerian baru.
  • Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif sektor awam dengan menyemak semula elaun dan menyediakan gerak gaji khas sebanyak 3% kepada mereka yang mencapai gaji maksimun. 
  • Baikpulih rumah kos rendah dan flat-flat di bandar.
  • Rumah PR1MA ditambah 500,000 unit di seluruh negara dan harganya 20% lebih rendah harga pasaran. 
  • Selesaikan masalah bekalan air terawat di Kleantan , Selangor dan Wilayah Persekutuan.
  • Semak Dasar Automotif Negara dan kurangkan harga sehingga 20%-30%.
  • Pasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan berisiko terhadap jenayah jalanan.
  • Tambah tenaga kerja wanita dalam negara.
  • Kukuh unit rondaan bermotosikal (PDRM) dengan menambah 5,000 buah pelbagai kenderaan.
  • Kesamarataan dalam pelbagai bidang tidak mengira jantina.
  • Tambah pusat kanser, pusat jantung di semua hospital utama.
  • Membangun Sistem Nasional yang menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat.
  • Mansuh yuran setem untuk pembelian rumah pertama yang harganya kurang RM400,000.
  • Kembangkan sistem bas Rapid di setiap negeri dengan mempertingkatkan  dengan lengkap untuk warga tua dan orang kurang upaya.
  • Memperluaskan rel, MRT, LRT, Komuter di banda-bandar besar. 
  • Membina terminal bas, rel, teksi di seluruh pekan-pekan dan bandar-bandar.
  • Membina Lebuhraya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat dan Lebuhraya Pantai Barat dari Banting-Taiping.
  • Kurangkan bayaran tol di bandar-bandar secara berperingkat.
  • Tingkatkan pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mewujudkan 3.3 juta tenaga kerja dengan 2 juta dalam sektor berpendapatan tinggi.
  • Mencapai pendapatan berkapita AS $15,000 (RM45,000) menjelang 2020.
"MENEPATI JANJI MEMBAWA HARAPAN"

      Entri berkaitan :

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Saripati Akujanji BN Untuk PRU13."

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top