Assalamualaikum...
Salam sejahtera......
Salam 1 Malaysia........!!!



kelantan,terengganu,kelantan vs terengganu,the red worrior, menang,separuh akhir pertama,
Piala FA - Separuh Akhir Pertama Kelantan vs Terengganu
              
 Terkini: Keputusan semasa

KELANTAN (4) vs TERENGGANU (1)-Round 1 (25/5/2013)
KELANTAN (2) vs TERENGGANU (4)-Round 2 (28/5/2013)
Result Agregat: Kel (6) - Trg (4)/Kelantan layak ke final.
                                                                          
JOHOR DT (1) vs PAHANG (0) Round 1 (25/5/2013)
                             JOHOR DT (  ) vs PAHANG (  ) Round 2 (28/5/2013)
                       Result Agregat: Joh (  ) - Pah (  )/ 
                     
           Kelantan membawa bekalan selesa untuk dibawa ke Terengganu pada 28 Mei 2013 ini.  Kelantan berada sebelah kaki ke final sebelum berentap pada separuh akhir ke dua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu pada Selasa ini.

         Kejayaan Kelantan mendapat 4 gol pada malam tadi amat bermakna. Ini akan menyuntik semangat lebih lagi untuk perlawanan separuh akhir ke dua nanti. Semangat pemain Kelantan yang menyerang dari wisel pertama hinggalah masa rehat tidak henti-henti menyerang kubu lawan. Namun kealpaan pertahanan Kelantan memberi gol pertama buat pelawat iaitu pada minit ke 3, apabila Ashaari Shamsuddin bijak mengelirukan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat dengan tandukan setelah percubaan Ismail Faruqi terkena palang lalu melantung ke kepala Ashaari Shamsuddin untuk gol pertama buat Terengganu.

       Dalam babak separuh masa kedua, Kelantan memasukkan Dickson Nwakaeme, segalanya berubah dengan corak semakin agresif dengan serangan bertali arus. Kelantan mendapat gol akhirnya untuk menyamai kedudukan (1 -1) setelah beliau menyepak bola melencong ke arah pasukan pelawat dengan gol yang cantik. Pada 12 minit terakhir, Kelantan menambah gol lagi melalui Indra Putra Mahayuddin, Obinna Nwaneri dan Zairo Anuar Zalani.

          Mereka akan berentap lagi pada hari Selasa ini, iaitu pada 28 Mei 2013. Semoga pasukan Kelantan berjaya nanti. Buat pasukan Terengganu, tidak usah berputus asa, bola itu bulat, apa-apapun boleh berlaku.

Result Terkini:  KELANTAN(6) VS TERENGGANU (5)