Teknik SEO Semakin Berjaya

Assalamualaiku...
Salam 1 Malaysia............

TEKNIK SEO SEMAKIN BERJAYA


SEO: Page 1

Apa Itu SEO

             SEO (Search Engine Optimization), satu ungkapan yang menarik minat sesiapa saja yang bergelar blogger, baik yang dah otai, baru berjinak dengan blogger atau baru setahun jagung ada laman blog. Sudah pastinya ramai yang ingin mengetahuinya. Jadi untuk lebih difahami lagi ia adalah cara untuk mengoptimunkan sesuatu di blog supaya boleh di search  engine carian oleh Google, Yahoo, Bing, MSN dan sebagainya. Maka persoalan timbul di fikiran, adakah blog/entri ini iaitu  "Teknik SEO Semakin Berjaya" atau tidak?

        Cuba kita lihat printscreen keyword-keyword yang search di Google Chrome (Incognito Window) supaya ianya dalam keadaan neutral/default. Senarai kedudukan SEO di page 1 di Google Search Engine tentang entri contest.


1-Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia

Page 1 - Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia

2-Contest Panduan Blogger


Page 1 - Contest Panduan Blogger

3-Contest Tanah Arab


Contest Tanah Arab

4-Contest Video keek.com Anjuran Denaihati



Contest video keek.com Anjuran Denaihati


5-Contest Review Tak Terkalah (Terkini)


Contest Review Tak Terkalah


Kenapa SEO Amat Penting?

          

Sumber: Youtube             

              Ia amat penting untuk penjenamaan blog kita. Bila blog/entri kita berada di SERP (page 1), sudah pastinya pelawat akan klik di kedudukan pertama di page 1. Ia ibarat seperti membelik sebuah buku, sudah pastinya muka surat pertama dulu yang ingin dibaca. Di bawah adalah beberapa senarai yang mana SEO itu menjadi amat penting.

  • Blog yang sentiasa berkualiti - Pengunjung akan sentiasa datang untuk cuba mencari sesuatu yang penting di blog kita, lebih-lebih lagi bila entri kita berada di page 1.
  • Dapat pengunjung setia - Mereka tidak dipaksa untuk cuba melawat blog kita, mereka datang dengan sendirinya kerana mereka tahu entri kita ada sesuatu untuk mereka ambil tahu.
  • Trafik datang mencurah-curah dengan banyaknya - Sampaikan kita sendiri tertanya-tanya dari mana datangnya mereka ini sampaikan 2000 pageview di blog kita sehari, walhal sebelum ini nak dapat 100 sehari bukan main susah.
  • Boleh buat duit dengan blog - Berganda-ganda datang mencari maklumat setelah kita promosikan tentang "Bagaimana mendapat komisen jobdirumah atau yang berkaitan dengan affiliate".
  • Akan digemari oleh pengiklan - Ramai pengiklan akan menawarkan iklan mereka di blog kita. Ini sudah pastinya dapat menjana pendapatan sampingan.
  • Semakin dikenali - Mengunakan keyword yang bertepatan dengan keadaan semasa, bersamaan dengan niche blog mereka dan ada tutorial yang bagus untuk mereka praktikkan.
  • Dapat mengembangkan ilmu - Ilmu yang ada pada diri sendiri dapat diterjemahkan di ruangan entri/blog, ini sudah pasti banyak pengetahuan yang ada pada diri untuk dipersembahkan kepada umum sambil membuat amalan yang disukai oleh Allah Taala.
              # P/S - Jika anda rasa ada lagi perkara yang lebih penting tentang SEO ini boleh kongsi di ruangan komen. 

Bagaimana Ingin Mencapai Status SEO?


         Ramai yang bertanya bagaimana ingin mencapai status SEO? Apa perkara penting yang perlu ada untuk mencapai status blog mesra SEO? Senarai di bawah boleh dijadikan panduan sekiranya mahu mencapai status SEO.
  • Header blog - Blog yang mempunyai header yang menarik, tidak terlalu banyak widget, banner flash yang tidak berat sudah pasti diperlukan untuk dikenali oleh engin search.
  • Template blog - Template yang menepati kehendak engin carian google juga. Blog ini mempunyai OutBond Link, iaitu aliran link keluar dari blog dan dibaca oleh robot crawler google agar dapat diindex.
  • Coding HTML - Coding yang terlampau banyak tidak sesuai untuk mencapai status SEO.  Ia akan memberatkan bacaan crawler terhadap blog kita. Cari template yang coding HTML nya mesra SEO. Banyak terdapat di laman web atau minta bantuan rakan-rakan lain yang sudah pandai edit HTML untuk diguna pakai.
  • Loading ringan - Blog yang loadingnya ringan disukai oleh engin carian. Kalau boleh status loading itu di bawah 100Kb (kilobytes). Kalau 25 kB adalah digalakkan.
  • Keyword (title) - Salah satu perkara yang penting juga untuk diambil kira. Gunakan keyword yang bertepatan supaya ia menepati selera pengunjung. Lebih senang untuk dicari oleh pengunjung bila mereka ingin mencari sesuatu maklumat.
  • Isi kandungan pada rangkap pertama - Ia amat penting untuk dibold perkataan (keyword) itu, agar menepati selera pengunjung. Bila pengunjung suka, ini akan menjadikan trafik blog kita naik.
  • Tag/label/halaman/sitemap - Perlu juga diambil kira perkara ini agar keseluruhan blog kita dapat dibaca dan difahami ketika diindex nanti.
  • Meta Tag - Amat diperlukan untuk dikenali oleh robot crawler juga. Meta tag H1,H2,H3 dab seterusnya perlu ditargetkan. Begitu juga terhadap title (tajuk entri), meta description dan meta keyword sesuatu blog.
  • Foto/gambar/video - Ini sebagai sokongan terhadap sesebuah entri, pilih foto/video yang bersesuaian dengan title/entri/artikel yang ditulis. Perlu di tag title pada tajuk discription sesebuah foto. Title text dan ALT text perlu diisi pada foto tersebut.
                Diharap agar "Teknik SEO Semakin Berjaya" ini menjadi panduan dan rujukan untuk saya dan juga rakan-rakan di masa hadapan. Kita ini dalam pembelajaran, jika ada sesuatu yang baik perlu dikongsi bersama. Tidak rugi berkongsi idea dan buah fikiran untuk orang lain, agar dihargai dan diterima oleh pengunjung yang setia dengan blog/entri kita.

Sekian, terima kasih...Wassalam.


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Teknik SEO Semakin Berjaya"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top