Segmen HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru

Assalamualaikum...
Salam sejahtera......
Salam 1 Malaysia.......!!!

Segmen HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru





                 Nampaknya Tuan HasrulHassan begitu aktif membuatkan sebarang kontes, review mahupun segmen. Pada 15 April 2013 hingga 30 April 2013 lalu, beliau sudah membuat "Kontes Panduan Blogger". Kini beliau membuat "Segmen HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru" pula. Sudah pasti ramai yang akan menyertainya apabila cuti persekolahan bermula.  

           Jom mari pakat sertai "Segmen HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru" . Diharap agar segmen ini mendapat penyertaan sebanyak mungkin daripada blogger yang baru, supaya dapat memeriahkan lagi segmen anjuran HasrulHassan.com ini. Banyak kelebihannya bila kita menyertainya. Bolehlah dapat berkenal-kenalan sesama kita. Wujudkan ikatan saltulrahim dan ukhwah antara blogger, agar suasana blogger dan pengikftirafan terhadap blogger akan meningkat naik dan dapat didengari oleh pihak kerajaan dan pihak yang sering memperlekehkan peranan penulis blog.

           Penyertaan anda semua amat dihargai oleh Tuan hasrulHassan. Promosilah segmen ini agar sesiapa saja yang ada blog baru dapat join bersama. Tanpa promosi daripada anda, sudah pasti segmen ini tidak akan berjaya.

Syarat Penyertaan


  • Siapakah yang layak menyertai segmen ini ?, Sesiapa saja yang mempunyai blog yang mempunyai kurang daripada 500 follower (GFC) amat bertepataaan sekali dengan tajuk yang dipertandingkan ini iaitu untuk blog baru.
  • Buat satu entri dengan tajuk ini - HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru.
  • Kandungan entri - Ceritakan serba sedikit mengenai diri dan blog anda tidak lebih daripada 150 patah perkataan.
  • Masukkan banner yang disediakan ke dalam entri segmen anda dan terbitkan.
  • Dah siap entri, hantarkan url anda dalam borang yang disediakan.
  • Semua entri penyertaan mestilah dihantar sebelum atau pada 25 Mei 2013 menerusi borang yang disediakan. 
  • Hanya satu entri untuk satu blog untuk seorang blogger.
  • Semua blog yang menyertai segmen ini akan disenaraikan dalam satu entri, dan kemungkinan besar, mana-mana blog yang nampak menarik akan dipilih untuk diketengahkan dalam Blog Baru Pilihan 2013.
# Untuk keterangan lebih lagi syarat-syarat lain sila lihat di SINI.


           Ambillah peluang yang terhidang ini untuk menyertainya. Dengan menyertai "Segmen HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru" ini ia akan dapat memberi ruang kepada penjenamaan blog kita yang masih baru dan belum dikenali ramai lagi tu.


Kenali Serba-Sedikit Tentang Blog sensasi2020.com Ini. 


       Blog ini ditubuhkan pada 1 Mac 2011 dengan mengunakan platform blogspot hinggalah sekarang. Masih lagi mencari niche yang sesuai untuk diketengahkan. Keadaan keseluruhan blog ini masih tidak teratur jika dilihat dengan teliti. Follower di Google Follower Connect (GFC) @ Sambung Rakan Google belum lagi mencapai 100 orang. Diharap agar semua yang mengunjungi blog ini sudi-sudilah kunjungi blog sensasi2020 dan  subscribe di widget sebelah kanan untuk artikel terbaru saya ye!! 

Blogwalking
          Walaupun dah 2 tahun ditubuhkan, namun banyak lagi yang perlu diperbaiki terhadap blog ini. Penjenamaan terhadap sesuatu blog amat penting. Tanpa penjenamaan, sensasi2020.com pasti tiada siapa yang kenal? Kenalah rajin-rajinkan diri untuk blogwalking di mana-mana blog yang PageRank tinggi.

              Google PageRank berstatus PR2 di ketika ini dengan Alexa Traffic Rank cuma 207,720 (Global) dan 1,563 (Malaysia), belum mencapai status yang diingini. Namun akan diteruskan usaha supaya berubah ke arah yang lebih baik lagi.

           Semua itu tidak akan mematahkan semangat diri ini untuk lebih menonjolkan diri dalam kalangan rakan-rakan yang sudah otai/dikenali. Semangat yang membara dan target serta iltizam dalam diri akan diteruskan....selagi ada rakan-rakan yang lain masih menyokong blog ini dengan kunjungan rakan setia yang sentiasa membantu dalam keadaan susah dan senang. Tanpa sokongan anda semua, siapalah saya? Itulah yang menjadi panduan dan pendorong untuk terus kekal dengan sensasi2020 ini...Insya Allah.

Sekian, terima kasih....semua di atas segalanya.

ENTRI BERKAITAN: 
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Segmen HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top