Usahawan IKS Ketinggalan Dalam ICT

Assalamualaikum....
Salam sejahtera.........



               Usahawan  Industri  Kecil  dan  Sederhana (IKS) adalah satu istilah untuk pengusaha yang melakukan perusahawan secara kecil-kecilan dan sederhana besarnya. Hasil perbuatan mereka adalah daripada bahan-bahan mentah berasaskan pemakanan, produk hasil perkayuan, pertanian, perikanan dan sebagainya.

Sumber : Google

               Namun kebanyakkan mereka dilakukan secara tradisional, akibat kos yang tinggi. Jarang sekali kita dapat melihat hasil pembuatan mereka  berasaskan teknologi terkini. Dianggarkan nilai hasil jualan tahun IKS dalam lingkungan di bawah RM25 juta. Jumlah pekerja tidak melebihi 125 orang.

           Walaupun banyak dana, inisiatif dan subsidi diberikan, namun Bumiputera masih lagi ketinggalan dalam segalanya terutama dalam industri kecil dan sederhana (IKS). Banyak agensi kerajaan yang terlibat dalam bantuan terhadap usahawan IKS, diantaranya MARA, TEKUN untuk dana pinjaman, FELDA, FELCRA, KADA, FAMA untuk membantu meningkatkan hasil perindustian mereka.


 
SME CORP- Bantuan Perniagaan Peniaga Kecil Sederhana.

               Saya amat terkejut bila mana kadar celik ICT amat rendah. Boleh rujuk artikel berkaitan di blog denaihati.com. Seramai 645,136 yang berdaftar sebagai usahawan IKS hanya 27% sahaja yang celik ICT. Itupun hanya menggunakan komputer dan internet (jalur lebar) untuk urusan seharian dan bukannya sebagai pusat pemasaran produk mereka. Ini bermakna masih ada 73% yang masih buta ICT. Seandainya usahawan IKS menggunakan ICT dalam perindustrian mereka sudah pastinya sasaran kerajaan mahu melihat  41% sumbangan GDP dalam negara boleh dicapai mejelang tahun 2020.

                Kerajaan telah melancarkan satu dasar ekonomi terbaru di bawah MEB, memfokuskan terhadap ekonomi Bumiputera semasa ucapan Perdana Menteri pada 14 September 2013 iaitu hari sabtu lalu. Ini kerana kedudukan ekonomi kaum terbesar Malaysia masih terkebelakang dalam arus tranformasi ekonomi negara.

               Intel Malaysia berkerjasama dengan SME Corp dan SME bank telah menyediakan pelbagai latihan kepada usahawan IKS untuk meningkatkan kemahiran dalam ICT. Intel Malaysia telah menyuntik dana khas sebanyak RM20,000 kepada usahawan yang berminat. Usahawan IKS perlu merebut peluang ini dengan sebaik-baiknya, boleh dapatkan maklumat di  Intel Level Up.

Kredit : IPT Diminta Dekat IKS
               Disamping itu pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu juga sama-sama berganding bahu membantu usahawan IKS. Kerajaan mengalakkan IPT mendekati usahawan IKS agar mereka tidak ketinggalan dalam arus teknologi berasaskan ICT. Kerjasama ini adalah sebagai perkongsian idea dan dana supaya dapat menghasilkan pelbagai produk atau perkhidmatan supaya dapat mencapai matlamat ekonomi yang lebih inovasi.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Usahawan IKS Ketinggalan Dalam ICT"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top