Cara Buat Kek Blueberry Cream

Assalamualaikum...
Salam sejahtera semua.....

Cara Buat Kek Blueberry Cream. Pasti ramai kaum ibu yang mencari cara membuat kek ini. Di sini saya akan tunjukkan cara membuatnya. Saya hanya sertakan fotonya sahaja, kerana nak buat dalam bentuk video memerlukan teknik yang betul dengan kamera yang dapat memberikan mutu video yang baik dan berkualiti. Jom mari kita lihat teknik-teknik yang betul cara membuatnya.



Blueberry Cream, Kek Blueberry. Blueberry Cheese Cake, Kek Keju Blueberry
Kek Blueberry Cream

Bahan-bahannya:

Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Contohnya:
- Sekotak fresh cream (diputar hingga kembang).
- Blueberry Pai Filling.
- Kek coklat atau sponge kek.
- Scriper plastik.
- Segi tige bergigi
- Spatular
- Sudu.


Bahan-Bahan Diperlukan
 

Cara Membuatnya:

 Ambil kek coklat atau spong kek. 1 biji rasanya dah cukup. Lihat foto di bawah.


                                                                 
Potong menjadi 3 lapisan/layer. 
                                 



Ambil sedikit fresh cream dan sapu rata di permukaan atas untuk lapisan pertama.
                                 



Sapu rata memenuhi lapisan kek. Kemudian ambil bubuh 3 sudu  Blueberry Pai Filling.





Sapu rata hingga memenuhi lapisan fresh cream. Lihat foto di bawah.



          
Ambil pula potongan kek ke-2, letak di atas lapisan blueberry dan ulang langkah seperti layer pertama tadi. Setelah siap, ambil layer kek ke-3 dan letakkan di atas permukaan terakhir yang kita sapu blueberry tadi di lapisan ke-2.


  
                               
Maka terbentuklah sebiji kek dengan 3 lapisan yang kita buat tadi, di mana fresh cream dan blueberry ada di dalam setiap lapisan kek.




Kemudian kita perlu salutkan kek yang siap tadi di atas dan di tepi dengan fresh cream hingga menutupi kek tersebut. Untuk bahagian sapu kek, anda boleh lihat foto di bawah ini.













Selepas salut semua kek dengan fresh cream, di bahagian tepi bolehlah anda semua lorekkan atau buat garisan dengan segi tiga yang tepinya bersisir/bergigi seperti gergaji. Rasanya anda semua pernah lihat segitiga ini. Bukan segi tiga bermuda. Selepas itu boleh juga titiskan coklat topping yang sudah dicairkan di tepi kek tersebut.

Akhir sekali, bolehlah kita menghiaskannya mengikut kebolehan anda sendiri. Lakukan kerja tangan anda yang semulajadi. Boleh dibuat untuk sambutan hari lahir sumi atau anak-anak di rumah.


Selamat mencuba...... semoga berjaya.

Tulus ikhlas daripada saya. Semoga berjumpa lagi di lain artikel. 

Entri Berkaitan Dengan Kek, Jom Mari Berkunjung di:

               
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Cara Buat Kek Blueberry Cream"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top