Vape Kegilaan Ramai masyarakat Malaysia ketika ini. Vape atau Vapor (electronic cigarette) kini menjadi kegilaan ramai, sama ada yang sudah lama menjadi perokok tegar, anak-anak muda dan individu yang baru berjinak untuk mencuba sesuatu yang baru atas faktor terpengaruh dengan pelawaan rakan.

Ini mencetus fenomena baru dalam budaya merokok dengan alasan untuk berhenti mereokok dengan cara menyedup Vape, dalam waktu yang sama mereka mahu berhenti merokok. Agaknyalah.... adakah dengan menggunakan Vape, maka rokok mereka tinggalkan?




Vape Kegilaan Ramai
Vape - Sumber: Google


Vape Kegilaan Ramai


Fenomena ini semakin membimbangkan. Vape ternyata telah menjadi kegilaan ramai masyarakat Malaysia, ia juga telah menular ke seluruh dunia. Kalau mengikut sejarah wujudnya rokok elektronik bermula pada tahun 1963 lagi. Ia telah diperkenalkan daripada seorang yang bernama Herbert A. Gilbert tetapi ciptaanya tidak pernah dikomersialkan.

Vape telah menjadi kegilaan ramai setelah seorang ahli farmasi dari negara China, Hon Lik mewujudkan atau melahirkan semula vape ini pada tahun 2003 dengan kaedah mengewapkan nikotin yang dilarutkan dalam cecair "Propylane Glycol" (PG).


Faktor Vape Menjadi kegilaan Ramai


Ramai perokok tegar menjadikan Vape ini sebagai salah satu kaedah atau alternatif terbaik untuk membantu mereka berhenti merokok dengana alasan kononnya cecair PG mempunyai kandungan nikotin yang rendah berbanding rokok biasa, lantaran mereka menjadikan ia sebagai rutin harian mereka sebagai penganti rokok. Bagi mereka ia lebih selamat dan menjimatkan wang. Betul ke hisap Vape boleh menjimatkan wang? 

Tetapi bagi Institut Kesihatan Awam kebangsaan Jepun dalam kenyataan yang telah dikeluarkan pada November tahun lepas, mendedahkan bahawa kajian ke atas kandungan cecair Vape ini lebih berbahaya daripada rokok biasa yang kita sering melihat dijual di mana-mana kaunter jualan. 

Sebenarnya, kajian telah dijalankan terhadap Vape ini menunjukkan kadar karsinogen adalah 10 kali ganda berbanding rokok biasa yang ada jual di pasaran.

Sementara itu, Pakar Bedah dan Paru-Paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaya. Dr.Khairulfaizi Haron telah mendedahkan kandungan yang terdapat pada cecair PG dan nikotin boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan penggunaanya berpotensi untuk diserang penyakit angin ahmar dan jantung.


Hukum-Hakam Penggunaanya


Majlis fatwa Kebangsaan dalam kenyataan yang telah dikeluarkan pada Ogos yang lalu turut memfatwakan penggunaan Vape sebagai haram kerana ia juga adalah berkaitan terhadap perbuatan seperti menghisap Shisha

Keputusan telah dibuat setelah mengambil kira hasil muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 17 Julai 2013 yang memutuskan perbuatan menghisap shisha adalah haram dan umat Islam dilarang menghisap atau menyediakan perkhidmatan menghisap shasha atau apa-apa akitiviti yang menyerupainya.

Namun begitu, ia juga seperti menghisap rokok dan shisha tetapi ia juga menjadikan Vape Kegilaan Ramai pula. Malahan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menasihatkan agar pengguna berhenti menggunakannya buat sementara waktu sehingga keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam tempoh beberapa bulan lagi. Semua ini tidak diendahkan oleh penghisap tegar. Ia tidak ubah seperti "Mencurah Air Ke Daun Keladi"


Betul Ke Vape Alat Terapi Berhenti Merokok?


Ramai yang telah menganggap hisap Vape ini sebagai satu satu kaedah terapi untuk berhenti rokok. Buktinya, Vape menjadi kegilaan ramai dan menjadi semakin bertambah pengemarnya. Ia semakin berleluasa penggunaanya sehingga ramai yang sanggup menjual di kaki lima, gerai-gerai di tepi jalan, di pasar-pasar malam dan di kedai-kedai khas untuk penjualan Kedai Vapers ini. Harganya bolehlah dianggap mahal dalam sekitar RM200 hingga mencecah RM500 setiap unit.

Jika dilihat pada fenomena ini, bukannya Vape sebagai alat terapi untuk berhenti merokok, malah telah menajdi Vape Kegilaan Ramai, di mana ia lebih kepada mengalakkan lebih ramai individu yang tidak merokok mencuba, termasuklah golongan wanita, remaja bawah umur, murid sekolah dan yang lebih parahnya adalah kanak-kanak.

Perilaku penghisap rokok telah menjadi viral dalam sebuah klik video di mana seorang remaja wanita menghisap Vape dan sambil itu pula bergilir menghisap kepada beberapa kanak-kanak terbabit. Ia telah juga menjadi viral di media sosial.









Astarfirullah'alaazim...... Vape Kegilaan Ramai bukan saja kepada masyarakat kita yang dewasa, malahan kanak-kanak pun terikut-ikut. Ini sudah pasti mendapat bantahan orang ramai. Apa kesudahannya? Bagaimana pihak berwajib untuk menghentikan atau menangani masalah seperti ini?