11 Langkah Utama Pengubahsuaian Bajet 2016

11 Langkah Utama Pengubahsuaian Bajet 2016 | Kerajaan semalam mengumumkan satu pengubahsuaian bajet 2016 bagi mengurangkan bebanan rakyat untuk berbelanja. Ia juga bertujuan memberikan lebih wang kepada rakyat dalam menguruskan ekonomi mereka dalam suasana kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia.


11 Langkah Utama Pengubahsuaian Bajet 2016

Pertama - KWSP


11 Langkah Utaman Pengubahsuaian Bajet 2016
KWSP


Potongan caruman KWSP pekerja dikurangkan sebanyak 3% mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017. Pencarum boleh buat pengecualian potongan itu dengan mengisi Borang KWSP 17A Khas 2016.

Kedua - Pelepasan Cukai (LHDN)


11 Langkah Utama Pengubahsuaian Bajet 2016
LHDN


Pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah. Badan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menyusun semula bagi pembayar cukai dalam kategori ini. 


Ketiga - Kos Harga Barangan

Mengurangkankan kos harga barangan keperluan harian rakyat dengan melaksanakan:

- Kuota kawalan import (AP) bagi lapan produk pertanian seperti daging lembu, daging kerbau, daging kambing, biji kopi mentah bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan konsisten.

FAMA akan menubuhkan lebih 10 MyFarm Outlet sebagai pasar harian dan boleh beli terus hasil pertanian yang menjual makanan keperluan seperti ikan, daging, ayam, sayur dan buah-buahan pada harga 5%-20% lebih rwndah daripada harga pasaran.

- KPDNKK diberi mandat atau kuasa untuk mengenal pasti lebih banyak kedaijualan harga berpatutan daripada 640 buah kepada 1000 buah kedai pada tahun 2016.

- KPDNKK mesti mempertingkatkan kecekapan dalam penguatkuasaan dan sentiasa mengambil langkah-langkah khas dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga yang tidak beretika.

- Sebagai insentif input pengeluaran padai, kerajaan menyediakan tambahan tunai sebanyak RM50 bagi setiap satu metrik tan padi bersih kepada para pesawah.

- Program MyBeras akan diperkenalkan kepada setiap kelyarga miskin tegar yang berdaftar dan akan dibekalkan 20kg beras setiap bulan.

Keempat - Rumah


11 Langkah Utama Pengubahsuaian Bajet 2016
Projek Perumahan Rakyat


Kerajaan akan menetapkan kesemua penjualan rumah berharga hingga RM300,000 terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.

- Lebih 100,000 unit rumah kan ditawarkan dalam program Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu.

- Bagi Projek Perumahan Rakyat, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional (BSB) akan menawarkan pakej pembiaan pada kadar 4% dengan dana berjumlah RM400 juta dan memberi manfaat lebih 10,000 pemilik rumah.

Kelima - Struktur Kutipan Cukai


11 Langkah Utama Pengubahsuaian Bajet 2016
Cukai


Kecekapan hasil kutipan hasil akan dipertingkatkan.

- Kerajaan akan mengandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai.

- Pengstrukturan semula saluran jualan rokok dan minuman keras yang terletak di Pulau Bebas Cukai.

- Pengecualian cukai kenderaan import di Pulau Bebas Cukai akan dipertingkatkan.

Keenam - Levi


11 Langkah Utama Pengubahsuaian Bajet 2016
Levi - HRDF

Sumbangan 30% daripada levi HRDF yang berjumlah RM200 juta akan disediakan untuk meningkat kompetensi dan kemahiran pekerja menerusi inisiatif reskill dan upskill.

Ketujuh - Pekerja Asing


11 Langkah Utama Pengubahsuaian Bajet 2016
Imigresen Malaysia


Inisiatif Timbalan Perdana Menteri dalam meningkatkan kecekapan untuk pengurusan pekerja asing di negara ini.

- Pengurusan sistem pekerja asing dengan kadar levi hanya akan diklusterkan kepada dua kategori sahaja tidak termasuk pembantu rumah.

- Kerajaan juga bersetuju melaksanakan program Pengajian dan Penempatan semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi memenuhi permintaan industri serta membolehkan kerajaan mengetahui jumlah PATI di negara ini.


Kelapan - Projek Untuk Rakyat

Kerajaan akan terus fokus terhadap projek dan program yang memberi penekanan tentang kepentingan rakyat dan memiliki kesan berimpak tinggi serta kandungan import rendah.

- Projek berbentuk fizikal akan diberi keutamaan seperti pembinaan rumah mampu milik, sekolah, hospital, klinik, jalan raya dan pengangkutan awam.

- Projek bukan fizikal dan projek yang masih diperingkat kajian akan disemak dan dijadual semula.

- Langkah tersebut dapat mengurangkan komitmen aliran tunai sehingga 5 billion.


Kesembilan - Berhemah Dalam Pengurusan

Kerajaan akan terus berusaha lebih berhemat ketika menguruskan perbelanjaan khususnya dalam bekalan dan perkhidmatan.

- Meneruskan usaha merasionalkan pemberi getan kepada Tabung Amanah Ketajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

- Selain itu juga, ketajaan berusaha merasionalkan dan menyusun semula entiti merangkumi Company Limited By Guarantee dan badan berkanun.


Kesepuluh - Pembiayaan Kepada PKS

Institusi Pembangunan Kewangan dan dana modal teroka milik kerajaan akan ditambah dana pembiayaan mereka sebanyak RM6 billion dalam menyediakan pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan.


Kesebelas - Sektor Swasta

Sektor swasta dan pihak GLC disarankan melaksanakan inisiatif bagi mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan rendah secara berperingkat dan akan dipantau oleh Unit Perancang Ekonomi.


Akhir Kata

Untuk laporan penuh Perutusan Khas Perdana Menteri boleh ikuti melalui artikel ini "Pengubahsuaian Bajet 2016".

Kita tunggu dan lihat adakah 11 Langkah Utama Pengubahsuaian Bajet 2016 memberi rakyat hidup dengan lebih selesa atau sebaliknya?

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
3 Komentar untuk "11 Langkah Utama Pengubahsuaian Bajet 2016"

Tak tahu la apakah langkah pengubahsuaian ni akan berkesan dijalankan atau tidak

tak nampak apakah pengubahsuaian ini akan membantu ekonomi

saya rasalah kan, perkara pengubahsuaian ini takkan ada efek sangat pun

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top