Diabetes Membunuh Dalam Diam

Diabetes Membunuh Dalam Diam. Diabetes dalam bahasa saintifik atau medik adalah penyakit kencing manis yang sering diguna pakai oleh kebanyakan di antara kita. Ia adalah penyakit yang menyerang manusia dalam diam atau senyap. Penyakit ini adalah pembunuh utama di Malaysia selain kanser dan penyakit jantung.
 


Diabetes Membunuh Dalam Diam
Diabetes


Diabetes Membunuh Dalam Diam


Jangan mengambil mudah dengan penyakit diabetes atau kencing manis. Kesan komplikasi penyakit diabetes ini sangat tinggi dan sentiasa peka dengan keadaan kesihatan semasa dengan melakukan pemeriksaan secara berkala.

Diabetes membunuh dalam diam yang akan merosakkan organ-otgan badan tanpa sebarang sipmtom yang jelas kepada pesakit.

Terdapat dua pecahan utama terhadap komplikasi diabetes iaiatu kesan kepada pembuluh darah kecil dan pembuluh datah besar.

Komplikasi pembuluh darah kecil melibatkan mata, ginjal dan saraf periferi sementara komplikasi pembuluh darah besar mula melibatkan otak, jantung dan boleh menyebabkan penyakit salur darah periferi.

Kita harus sedar bahawa implikasi boleh dihadapi oleh penghidap seperti kegagalan buah pinggang, stroke, serangan jantung amputasi dan boleh mengakibatkan mata menjadi buta.

Ia boleh mengundang mimpi ngeri kepada penghidapnya. Maka sesungguhnya kita perlu sedar mengenai penyakit diabetes ini. Jangan mengambil mudah, wahai sekalian masyarakat terutamanya rakyat di negara kita.


Komplikasi Akibat Diabetes Melitus 

  • Diabetik retinopati.
  • Diabetik neuropati.
  • Diabetik foot disease.
  • Penyakit jantung.
  • Kegagalan buah pinggang.

Apa itu diabetik retinopati? 

Diabetik retinopati adalah lerosakan pada retina yang disebabkan oleh komplikasi diabetes. Paras gula yang tinggi dalam darah menyebabkan salur darah tersumat dan terhasil salur darah baru yang rapuh dan mudah pecah. Ini ,mengakibatkan penglihatan mata merosot dan seterusnya boleh menyebabkan buta.

Tanda dan Gejala Diabetik Retinopati

  • Tiada tanda dan gejala diperingkat awal.
  • Melihat apungan (floaters) atau bentuk hitam di dalam mata.
  • Sukar melihat di waktu malam.
  • Penglihatan kabur dan terhalang (black spot) di kawasan tengah penglihatan.
  • Diplopia melihat imej berganda.
  • Mata merah.
  • Peningkatan tekanan mata.

Faktor Risiko Diabetik Retinopati

  • Paras gula dalam darah tidak dikawal.
  • Menghidap diabetes melitus lebih lama.
  • Obesiti.
  • Merokok.
  • Lain-lain masalah kesihatan seperti tekan darah tinggi dan kolestrol yang tidak terkawal.
  • Pesakit diabetis yang sedang mengandung (hamil).

Jenis Diabetik Retinopati

  • Retinopati proliferasi - Berlaku apabila salura darah baru yang tidak normal dan rapuh terbentuk. Salur darah itu mudah pecah dan mengakibatkan pendarahan dalam mata yang menyebabkan buta secara tiba-tiba.
  • Retinopati tanpa proliferasi - Biasanya tidak mengganggu penglihatan. Berlaku hanya sedikit pendarahan. 
  • Pembekakkan makular - Terjadi akibat cairan retina yang bocor. Boleh merosakkan penglihatan tengah.

Bagaimana Jika Mempunyai Faktor Risiko?

Pesakit digalakkan untuk menjalani saringan mata dan pemeriksaan mata menyeluruh secara berkala atau setahun sekali. Jangan ambil mudah terhadap penyakit ini kerana Diabetis Membunuh Dalam Diam.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Diabetes Membunuh Dalam Diam"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top