Majlis Makan Malam & Penyampaian Hadiah iPhone 5S

Malam esok 10 Mac 2015 adalah Majlis Makan Malam & Penyampian Hadiah iPhone 5S yang berjaya memenangi hadiah contest iPhone 5s gajet impian setiap blogger anjuran blog Denaihati pada tahun lepas. Majlis ini juga diadakan preview eQurban dan memperkenalkan ahli-ahlinya. 



Majlis Makan Malam & Penyampian Hadiah iPhone 5S
Majlis Makan Malam $ Penyampian Hadiah iPhone 5S


Contest ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan, sehingga lebih daripada 100 orang yang menyertainya. Ia ada banyak cabaran yang perlu peserta hadapi iaitu cabaran komen terbanyak, cabaran kuiz, cabaran tulis entri terbaik Blogger Buat Duit Online.

Contest ini berlangsung agar panjang juga, ada cabaran yang perlu peserta lalui dan tempuhi. Kini peserta yang berjaya mendapat hadiah iPhone 5S diraikan di majlis yang penuh meriah nanti. Bestkan.......?



Majlis Makan Malam & Penyampian Hadiah iPhone 5S


Jemputan ke Majlis Makan Malam & Penyampaian Hadiah iPhone 5S akan diadakan pada 10 Mac 2015, jam 8 malam. Saya telah mendapat jemputan ini pada petang tadi. Kalau tidak rasmi, jemputan ini dah diwar-warkan pada hari Selasa lepas lagi. Masa itu Saudara Shahril M Sharip telah PM (sms) saya di Facebook.

                               
Majlis Makan Malam & Penyampaian hadiah iPhone 5S
Gempak: Hisyamudin Fadzil Bersama iPhone 5S



Alhamdulillah......Terima kasih Tuan Denaihati dan team mereka yang menjemput saya dan mereka sedang bertungkus-lumus menyiapkan majlis ini. Semoga majlis ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Insya Allah.....!

                               
Penyampian Hadiah Oleh CEO eQurban Tuan Hj Masrukhin



                               
Majlis Makan Malam & Penyampian Hadiah iPhone 5S
Bersama Dua lagi pemenang iPhone 5S Fai Zal & Jamar Bahar


Aturcara Majlis


  • 8.00 Malam     -   Kehadiran Tetamu Jemputan.
  • 8.30 Malam     -   Bacaan Doa.
  • 8.40 Malam     -   Ucapan Aluan oleh CEO Denaihati Network Sdn Bhd, Hj Amir Hassan.
  • 9.00 Malam     -   Makan Malam.
  • 10.00 Malam   -   Ucapan CEO eQurban, Hj Masrukhin Marzuki & Preview.
  • 10.30 Malam   -   Penyampaian Hadiah Pemenang Contest iPhone 5S.
  • 11.00 Malam   -   Bersurai.


Pantun Khas Untuk Majlis Makan Malam



Salam dihulur pembuka bicara,
Terima kasih Denaihati di sana,
Blogger tersohor seluruh Nusantara,
Hidupkan untuk memberi taglinenya.


Selamat datang hadirin semua,,
Jauh dekat kumpul bersama,
Merencanakan impian sedang dilaksana,
Matlamat dirangka strategi dijana.


Majlis makan malam diraikan,
Untuk menyempurnakan hadiah contest,
Pelancaran preview jenama eQurban,
Sambutan meriah semuanya best.


CEO eQurban sudi datang,
Bagi menjayakan majlis ini,
Semoga eQurban terus gemilang,
Menjadi organisasi disegani.


Akhir kata, saya doakan Majlis Makan Malam & Penyampian Hadiah iPhone 5S ini menjadi satu majlis yang merapatkan ukhwah dan menjadi satu mercu tanda untuk Denaihati dan eQurban terus ke hadapan menjadi satu organisasi yang terunggul di mana saja. Insya Allah.....!
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
28 Komentar untuk "Majlis Makan Malam & Penyampaian Hadiah iPhone 5S"

sumpah jeles :D
syukur alhamdulillah bang kamil ;)

haaaa... jangan lupa di sana.. di sanaaaa...

tahniah bro..memang best la dapat hadiah tersebut.

Cantik kotak komen blog tuan ni

Nampak kemas dan profesional

Insya Allah, ambo gi mlm ini nanti.

Alhamdulillah.... PG, ini rezeki saya, lain kali PG pula.

Memang best bro, harga pun boleh tahan.

Saya edit dan adjust sendiri Mazni, try and error.

Tahniah paling banyak.. hehe :D
jeles I... :D

Tahniah bro kamil.... :)

ya..memang untung badan la tu..

rugi betul tak dapat pegi. teringin nak pergi majlis anjuran DH

Alhamdulillah tahniah bro menang iPhone 5s.. dok jenegho la malam ni.hehe

Terima kasih Sha Dhia di atas ucapan anda. Moga Sha dpt pula lps ini.

Terima kasih bro..... tahniah utk anda jgk dpt menam contest Jom aktifkan mykad.

Bukan setakat dpt iPhone 5s, cabutan bertuah pun dapat.

Terima kasih teman saya di majlis makan malam dan penyampian hadiah malam tadi.

wah..siap ade pantun...tahniah tahniah dan tahniah

tahniah bro..memang patut menang pun, usaha bukan main lagi tu..:D

Tahniah...dapat iPhone tu...bestnya :)

Sebenarnya niat di hati nak berpantun semasa majlis penyampian hadiah tetapi rasa segan pula. Tapi tak apa biarlah ia ditinta di entri ini sebagai rujukan di masa hadapan.

Memang berusaha bersungguh-sungguh semasa contest ini berlangsung. Sampai tidur pun lewat malam.

Terima kasih Kimmie sudi bertandang di blog cepisan ini. Apa pun agar di contest lain bro pula yang menang. Insya Allah.

tahniah Tuan Kamil... tak sesia masuk... dapat jugak hadiah bernilai...

Sangat-sangat beruntung, tak sia-sia sertai contest anjuran Denaihati.

Terima kasih Najib yang setia dengan blog ini. Tanpa bantuan daripada rakan-rakan, sudah pasti saya tidak akan berjaya.

Terima kasih buat lu...

Majlis ini juga diadakan preview eQurban dan memperkenalkan ahli-ahlinya. Xây dựng hồ bơi Chi phí xây bể bơi kinh doanh

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top